Thursday, March 10, 2011

Berhempas pulaslah mereka

Faktor Anwar Ibrahim dalam politik Malaysia


Berikut ialah sepihan petikan yang kita petik dari laman maya, dua dari The Malaysian Insider dan satu daripada Malaysiakini.

Yang pertama dari Malaysiakini jelas sekali maksud dan tujuannya, iaitu mahu mengukur sukat apakah yang namanya Anwar Ibrahim itu masih lagi laku untuk dipasarkan?

Persoalan ini dibicarakan oleh tiga orang pembicara di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.

Sila perhatikan sedutan laporannya yang dipos pada Mac 9, 11 2:55pm dan ditulis oleh Abdul Rahim Sabri dengan tajuk, “Anwar: Masalah besar BN atau modal besar Pakatan”


Petikan Satu:

Anwar: Masalah besar BN atau modal besar Pakatan

Ahli panel forum yang membincangkan tajuk "Survival Parti Politik Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13" di Universiti Malaya (UM) semalam, dilihat memberi pandangan berbeza sewaktu menjawab soalan berhubung pesonaliti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiga ahli panel yang dijemput - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, dan dua ahli parlimen Pakatan Rakyat - Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dan Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) - memberi pandangan berbeza tentang Anwar sama ada beliau menjadi faktor penarik pengundi kepada Pakatan atau merupakan cabaran BN dalam pilihan raya akan datang.

...

Sementara itu, Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno berkata terpulang kepada individu itu melihat sama ada Anwar memberi "masalah besar" kepada BN atau "modal besar" kepada Pakatan.

"Itu adalah persepsi masing-masing," katanya sambil menambah "pembunuhan karektor" dalam politik "bukan politik yang segar" dalam konteks politik hari ini.


Petikan kedua dan ketiga diambil daripada The Malaysian Insider yang kadang-kadang berlagak atau mirip-mirip tabloid Sinar Harian yang bersusah payah sekali mahu mempamerkan kebebasan dirinya dalam melaporkan segala macam berita, termasuk dari sudut pandangan pihak oposisi. 


Petikan kedua ini mempamerkan buku terbaru yang kata ditulis katanya ‘dianya’ kerana dorogan yang kuat untuk menceritakan tentang kebenaran.  Ya, kebenaran orang yang tidak mahu datang ke mahkamah. 


Petikan kedua:


Dr M book puts Anwar’s credibility at stake

KUALA LUMPUR, March 10 — Tun Dr Mahathir Mohamad’s latest claims of sexual misconduct by Datuk Seri Anwar Ibrahim in his memoirs has forced Pakatan Rakyat (PR) into a “perception war” over the latter’s credibility as prime minister-in-waiting.

PR leaders said they have their work cut out to negate the former prime minister’s accusations in his ...


Petikan ketiga pula adalah hasil buah tangan si ayu, Erna Mahyuni dalam kolumnya, juga di laman maya The Malaysian Insider.   Tajuk yang dibentangkan oleh cewek ini ialah perihal anu di celah kangkangnya kaum hawa.   

Petang kelmarin, seramai 64 orang pembaca telah mengulas, pagi ini sudah 111 orang telah berbuat demikian, sekarang ini...nanti kita lihat berapa orangkah yang telah turun untuk meneliti alat celah kangkang ini...

Ya, sudah berjumlah 128 orang dan ... artikel itu telahpun dikeluarkan dari halaman utamanya laman The Malaysian Insider (10 Mac, 2011: 12:10 tengah hari)  

Silalah ikuti juga tiga cebis komen pembacanya.


Petikan ketiga


Honour is not found between a woman’s legs
March 09, 2011
MARCH 9 — So I got a lot of flak for the crass joke I made where I called a mother a prostitute. It was, I admit, offensive and a deliberate attempt to provoke.
To tell you the truth, I don’t look down on prostitutes or prostitution. It’s been called the oldest profession in the world, after all. Demand creates supply, not the other way around.
It’s unjust, I think, that a woman’s “honour” is defined by the organ found between her legs. When a man “defends a woman’s honour”, he is also defending that same organ. Even the worst swear words in Chinese and Malay are the crude words for a woman’s genitals.
...

dan Erna menutup tulisannya begini:

Who you sleep with or don’t sleep with or want to sleep with is really your own concern. We make far too much of sex and supposed morality and forget how to be good. How to be kind. How to care, how not to judge and how to treat others the way we would want to be treated.
So women, remember, it’s the 21st century. Honour yourself, honour your own feelings and take pride in the fact that you are far more than your genitalia.

Dua sampel komen pembacanya:
MalayPrincess · 22 hours ago
I'm a woman. I find that people who most appreciate my brains are foreigners. Typical locals just call me sexy and try to hit on me. Kopiah-wearing folk, mind you. That's the view of women. Sex machines. Nothing else.

Karen Abeka · 22 hours ago
Spouses cheat on each other all the time. Divorce has become a mundane occurrence nowadays in Malaysia. People attempting to seduce other married people is also commonplace.

But to lie to your husband that the baby you are carrying is his child is just cruel. I don't know how I would live if that happened to me.


___________________________


Jika ada yang masih mahu menidakkan impak manusia yang namanya Anwar Ibrahim itu dalam politik negara ini, sila renungi aspek-aspek ini:

Apakah Erna ingin sekali bercerita segala yang di dalam kain, termasuk miliknya perempuan   untuk perbincangan umum? 

Ya, kenapa tidak ― jika dalam media,  kita temui dan baca bagaimana mereka,  seenaknya mereka berbicara “Ada masuk, masuk penuh...” 

Hanya para keparat sajalah yang mahu, berpolitik begini...

Dan seorang manusia, setua itu, seusia itu masih lagi...

Apakah jenis ‘peradaban’ (baca:kebiadapan) yang mahu kita tinggalkan untuk dibaca oleh keturunan kita?

Walaupun kita masih bergelap gelita, namun kita sangat gembira dengan kenyataan seorang pemimpin dalam forum di UM itu:

Sementara itu, Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno berkata terpulang kepada individu itu melihat sama ada Anwar memberi "masalah besar" kepada BN atau "modal besar" kepada Pakatan.

"Itu adalah persepsi masing-masing," katanya sambil menambah "pembunuhan karektor" dalam politik "bukan politik yang segar" dalam konteks politik hari ini.


Ada juga seorang yang masih lagi belum linglung. Syukurlah,  walaupun cuma seorang.


  

No comments: