Thursday, March 10, 2011

Apa kata teman blogger

Dari blognya Perjalanan Salik:


Wednesday, March 9, 2011
Isteri Saya

Dan semalam isteri saya mengadu, ada parent yang datang ambil anaknya di sekolah, menyelit di sebelah kiri gigi jalan. Apabila motorsikalnya terhimpit antara kereta yang dipandu isteri saya, parent tersebut menendang-nendang kakinya dan mengacung-gacung tangan ke udara, tandas protes dan marah. Mulanya saya ingin diam dan tidak ingin memberikan sebarang komen. Saya memandang muka isteri saya, “tentunya anak yang dibonceng itu juga setan di sekolah, macam bapanya.” Isteri saya terus diam.

(Komen kita: Tugas manusia jantan betina ialah buat anak, biar orang lain yang menjaganya.  Nombor satu: Guru.  Kalau ada yang tak kena,  maki segala guru yang ada di sekeliling kita.  Inilah yang lahir dalam negara tupai-tupai.)  


Thursday, March 3, 2011
MEMBACA MUSUH?


Dan Sutung selalu sebutkan, “kalau ingin membunuh orang itu ada dua cara, yang pertama tembak sahaja ke kepalanya dengan pistol. Tetapi itu tidak baik, dan berdosa. Keduanya buat tak tahu sahajalah, lupakan dia, jangan pedulikan dia dan anggaplah dia tidak pernah ada. Dan nescaya dia akan ‘terbunuh’ dengan sendirinya!”

(Ini komen saya, bukannya Sutung: Kita teringat orang besar dengan memoir 888 halaman itu.  Seekor makhluk perosak dengan memoirnya. Sila gunakan saranan Sutung ini.)


Monday, February 21, 2011
TAK PROFESIONAL

BUAT MASJID

Iyalah kalau ada duit siapa pun boleh buat masjid. Buat masjid dan runtuhkan masjid juga. Perlukah dihebohkan kepada semua orang kita buat masjid yang nilainya 1.7 juta? Hutang sewa panggung bertahun-tahun 'macam tak nak bayar' tak nak heboh ke? Ini jenis yang tak belajar agama.

(Komen kita: Kita pernah bercakap tentang masjid dan apa yang telah mereka lalukan dengannya.  Mereka memberikan kulit kepada masjid kita.)



No comments: