Tuesday, March 8, 2011

Reformasi pilihan raya atau

Malaysiakini: 

“Electoral process is fair, says Nazri
Mar 8, 11 3:47pm

Minister in the Prime Minister's Department Mohamed Nazri Abdul Aziz said the handling of the election in the country is fair and on par with other countries.

Refuting an allegation by the opposition that the election process was unfair, he said the result of the 12th general election was proof of how transparent the election was in Malaysia.

"All this while there has been no problem in the handling of the election process in the country. There was no issue of fair or unfair (election). In fact, in the 2008 general election, BN lost many seats.

"This clearly shows that the election in the country is conducted well, but we understand the opposition. When they win, they say it is right, but when they lose, they say it's unfair," he added.

...”

Kenapa tuntutan reformasi pilihan raya kita mesti-dan-sentiasa berterusan-dan-konsisten


Tidak salahlah jika jurucakap Kerajaan Umno/BN bertaraf menteri ini berkata seperti di atas: “Bila menang tak ada masalah, bila kalah ada pelbagai tuduhan...”

Apakah TIDAK benar kelompok oposisi ini memprotes mengikut musim, macam peraih durian yang menunggu musim durian gugur?  Jika tak ada musim durian, para peraih tidak akan muncul.

Moral sindiran tajam-sinis menteri 1Malaysia ini wajar diberikan perhatian serius oleh pihak oposisi.  Ini bermakna ― sama ada pihak oposisi kalah atau pun menang dalam sesebuah pilihan raya, penilaian kritis ketelusan proses setiap pilihan raya itu, mestilah diteruskan.  Dan proses pemantauan ini hendaklah konsisten.

Mungkin, ― ya mungkin,  di sinilah pelbagai kelompok pejuang masyarakat civil@madani seperti Bersih, Manfrel itu, dicadangkan supaya tampil membantu.  Segala pemerhatian, analisis kritis, kewajaran peratusan yang keluar mengundi, risikan pergerakan hantu-hantu dan segala macam maklumat dan persoalan yang berkaitan setiap pilihan raya,  dibincang, dihalusi untuk tindakan lanjut dengan/bersama SPR.   

Untuk memastikan proses pilihan raya kita benar-benar bebas, telus, adil dan langsung,  mesyuarat berkala atau sebarang mekanisme lain, dengan melibatkan pelbagai pihak termasuk Suhakam,  mestilah diwujudkan.  Pendek kata pengadil pertandingan@SPR mestilah muncul untuk berdepan dengan pihak oposisi untuk menjawab segala macam soalan yang timbul. 

Atau dalam konteks ini, apakah peranan sesebuah Suruhanjaya itu tidak boleh dipantau oleh para pelanggannya, yang juga termasuk pihak oposisi?  Oleh sebab itu, dalam hal-hal begini SPR tidak boleh disentuh kecuali...

Apakah segala jalan ke rumah reformasi sistem pilihan raya kita telahpun lama tertutup rapat?  Pintu rumah Suruhanjaya Pilihan Raya kita telah ditutup rapat kerana parlimen dan rakyat kita berpendapat bahawa negara kita TIDAK perlukan sebarang tindakan untuk mereformasikan proses pilihan rayanya?

Kita, rakyat jelata, tentunya ingin sekali melihat persoalan-persoalan utama melibatkan ketelusan proses pilihan raya ini,  dihadapi dan diselesaikan dengan tuntas.  Ini bermakna, segala macam cerita lawak jenaka masa lalu, misalnya kegagalan SPR dalam drama@kemelut penggunaan dakwat kekal dalam PRU tempoh hari,  dibentangkan dengan jelas kepada seluruh rakyat jelata. 

Kita berpendapat SPR kita,  setidak-tidaknya haruslah faham bahawa rakyat ingin sekali mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku dalam seluruh proses pelbagai pilihan raya kita.    

Atau apakah ― sesungguhnya, rakyat tidak berhak mengetahuinya? 

Kalau ‘ya’, kenapa?



No comments: