Tuesday, March 29, 2011

Yang terbaik untuk Dewan Bahasa dan Pustaka

Mendapat yang terbaik untuk pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan


Dalam Akta 213, Akta DBP (semakan tahun, 1978, pindaan dan perluasan 1995), terdapat enam objektif utama penubuhannya.  Dua daripada objektif utama tersebut ialah membina dan memperkayakan bahasa kebangsaan dan memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan.

Dikatakan bahawa objektif  atau matlamat sesebuah organisasi antara lain bertujuan memandu nakhoda kapalnya menentukan arah dan haluan yang ditujuinya ― Pulau Bahagia yang menjadi idamannya seluruh penumpang dan awak-awak bahteranya.

Sebagai sebuah institusi awam milik rakyat, DBP yang katanya bercita-cita mahu memperkasakan bahasa kebangsaan negara kita, tentulah memiliki wawasan yang cukup besar ― lengkap dengan segala blue printnya yang telah dicanai halus oleh seluruh bijak pandai bahasa dan sastera negara?

Apakah yang telah terjadi dengan segala misi, visi dan wawasan besar ini?  Siapakah yang telah melanunkan semua niat baik ini? 

Apakah yang telah dibuat oleh segala nakhoda yang telah diamanahkan untuk melayari bahtera yang namanya institusi milik awam itu?

Apakah kerana para nakhodanya itu ‘orang-orang kita’, maka semuanya beres, aman dan tenteram?   
       
Apa pula peranan dan tanggungjawab segala bijak pandai bahasa, sastera dan budaya kita selama ini?  

Apa pula peranan segala persatuan penulis yang sekian banyak itu di negara kita?  Apakah mereka juga berpendapat bahawa semuanya aman, tenteram dan bahagia sehingga ke anak cucu kerana para panglimanya adalah “orang-orang kita” belaka?


No comments: