Monday, March 28, 2011

Perangilah FITNAH dan para dalangnya


Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 28 Mac: "Jika benar itu gambar saya, saya cabar mereka membuang penutup muka itu," cabar Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaakob ekoran laporan blog Umno kononnya wartawan Harakah mengaku Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks.

Wartawan Harakah adalah mangsa fitnah blogger Umno selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim difitnah Umno.

Bukan itu sahaja, dua pemimpin PAS juga turut menjadi mangsa kononnya mereka telah menonton video lucah tetapi berdiam diri dan tidak memberikan sebarang ulasan mengenainya.

Wan Nordin adalah satu-satunya wartawan Harakah yang telah menonton video seks di Carcosa Sri Negara Isnin lepas bersama dengan wartawan dari media lain
.”

Harakahdaily.

___________________________________________________________

Ada yang menyifatkan semua ini sebagai perbuatan pihak yang sudah terlalu kebas otaknya dan telah kematian helah untuk menipu, berbohong dan TERUTAMA sekali menfitnah.

Usaha kita seterusnya ialah mendedahkan kepada seluruh rakyat,  siri perbuatan jahat mereka ini.  Ini termasuklah cerita yang lengkap, mengikut urutan apa yang telah berlaku dengan dan kepada video lucah dan para pelakunya itu, dari mula sehingga ke saat-saat ini.

Di samping itu, kita tanyalah pelbagai soalan yang relevan:

Apakah komen dan reaksi para pemimpin negara kita tentang isu yang jahat ini?

Apakah yang sepatutnya berlaku dalam negara ini ― mengikut kehendak undang-undang? 

Dan apa pula yang sebenarnya telah berlaku? 

Apakah yang sepatutnya menjadi fokus pelbagai institusi kita: Ulamak dan juga yang menjaga kepentingan agama Islam itu?

Apakah pula yang dimainkan oleh media elektronik mereka, media cetak dan juga apa pula kerja buat para blogger mereka?

Apakah setelah ini, mereka ― seperti biasa, berpekak badak dan pura-pura tidak tahu apakah yang telah berlaku?  Mereka berlagak seolah-olah tidak apa pun yang luar biasa dan menyalahi hukum yang telah berlaku.

Kita telah ― berjuta-juta kali melihat telatah yang seperti ini.

Ini adalah satu dokumen sejarah bagaimana sebuah lagi kejahatan fitnah yang dimulakan oleh Sang Kutty itu, terus-terusan disuburkan dalam negara kita.  Inilah sejarah yang menunjukkan bagaimana sebuah pemerintahan itu, memerintah sebuah negara yang sangat kaya sumbernya seperti negara ini, gagal menjadi pemerintah yang baik-baik.


ii.

Wahai, teman-teman penulis, kamu masih lagi membisu?


No comments: