Friday, April 29, 2011

Bagaimana jika DAP...?


“Selamatkan Dewan Bahasa dan Pustaka”


Pada hari Rabu 27 April 2011, Gerakan Darurat Bahasa telah menjadi tetamunya Tuan Feriz Omar, Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Malaysia.  Kami bertiga diterima dengan mesra sekali oleh pegawai muda yang ternyata cukup teliti mendengar masalah yang kami kemukakan. 

Di dalam pertemuan yang agak panjang penuh mesra ini, Cikgu Azmi Abdul Hamid dan Hasni Abas,  menjelaskan kenapa GDB begitu prihatin-dan-amat risau dengan masalah dan kemelut yang dihadapi oleh sebuah institusi milik jelata ini.

Persoalan yang lebih penting lagi ialah: Apakah cadangan GDB untuk mengatasinya?  Demikianlah telatah orang muda sekarang menanggapi isu.  

Syukurlah begitu.

ii.

Dalam pertemuan penuh bermakna itu, terdapat dua pengamatan yang agak menarik:

Pertama:

Bagaimana jika NGO-NGO seperti GDB ini bergabung di bawah satu wadah yang dinamik, ke depan  dan lebih merakyat?  Mengikut stafnya TPM ini, masalah yang jelata hadapi kini mestilah ditangani dengan lebih berkesan dengan menggunakan kaedah baru:  NGO tampil untuk membantu percepatkan proses merakyatkan aspirasi para jelata.

Kedua:

Bagaimana, jika dalam PRU-13 nanti DAP mengemukakan lebih rami calon-calon Melayunya?

iii.

Semasa menikmati siulan murai dan dendangan terkukur dari balik bukit yang tersergam di depan rumah, ada juga soalan yang sempat menyelinap di dalam benak:

Orang-orang politik itu, sentiasa saja membaca dan terus membaca.  Mereka juga membaca angka yang boleh diterjemahkan.

Sementara itu si Hapi, anjing kesayangan jiran yang tidak pernah berhenti menyalak setiap kali terpandang  kelibatnya Y, kucingnya jiran saya Rashid, ternyata semakin mesra menyapa.  Hapi kian galak dan terus-terusan saja menggoyang-goyangkan ekornya setiap kali saya melintasi pagar rumahnya.

Mahu kugendong saja anjing ini...



No comments: