Wednesday, April 27, 2011

Mari main sorok-sorok

Sumber: Harakahdaily


Mahfuz Omar: Pekung sudah terbuka
Datuk Mahfuz Omar

Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan belukar dalam mengendalikan operasi perangkap laju di jalanraya.

Sebaliknya ujar beliau, PDRM akan tampil secara terbuka dalam proses penguatkuasaan undang-undang termasuk peraturan lalulintas.

KASE menyambut baik tindakan ini kerana ia bukan sahaja lebih efisyen dan telus malah boleh menyelesaikan masalah-masalah lain seperti penggunaan nombor pendaftaran palsu dan secara tidak langsung mendidik pengguna jalanraya supaya memandu dengan berhemah.

Walau bagaimana pun pengumuman TKPN tersebut juga telah membuka pekung mereka kerana jelas selama ini mereka melakukan tindakan secara tidak wajar.

Undang-undang dan peraturan bukan untuk mengenakan mana-mana pihak tetapi adalah bertujuan mengawal keharmonian dan keselamatan masyarakat. Tindakan menyorok di belakang tiang dan sebagainya yang dilakukan PDRM sejak lebih dua dekad sudah terbukti bukan pendekatan yang baik dan wajar.

__________________________________________

Ungkapan penuh bermakna:

Terdapat dua ungkapan menarik untuk renungan kita bersama.  Ungkapan-ungkapan tersebut ialah:

“Bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan belukar”

“Undang-undang dan peraturan bukan untuk mengenakan mana-mana pihak”


Idea utama:

Jika kita halusi dua ungkapan di atas, kita temui intipati ideanya:

Kaedah menyorok di belakang tiang dan belukar

Untuk mengenakan mana-mana pihak


Kata-kata kunci:

Jika kita halusi lagi, kita temui dua buah perkataan berikut:

Menyorok dan mengenakan


Mungkin terdapat beberapa soalan yang menarik untuk kita renungi bersama:

Apakah sebenarnya fungsi dan peranan peraturan dan undang-undang itu?

Apakah sebenarnya maksudnya ‘rule of law’ dan ‘rule by law’?

Apakah maksudnya ... hidup bernegara?




No comments: