Tuesday, April 26, 2011

Ilmu menfitnah


Ilmu untuk menfitnah


Kalau tak salah ilmu sains dan matematik yang diajar tatkala kita berada di bangku sekolah menengah dulu adalah sumber ilmu yang diperolehi dalam kurun yang ke 16.  Kalau tak salah ingat, demikianlah kata seorang teman yang sama-sama berhempas pulas dalam perang PPSMI.

Ya,  kalau tidak salah ingat juga (ya, betul-betul tak ingat.  Dan ini bukanlah kerana serangan penyakit memilih-milih untuk melupakan Peristiwa A atau pura-pura tidak dapat mengingati Peristiwa B.  A adalah Operasi Lalang, sementara Peristiwa B pula adalah serangan maut terhadap Ibrahim Libya di Memali, Baling) semasa di tingkatan dua atau tiga, kita juga diajar untuk membuat penyelesaian masalah algebra yang memperkenalkan bahawa di alam ini wujud pelbagai anu yang namanya mungkin saja x, y atau z.   

Memang cukup menyeronokkan apabila kita berjaya 'membuktikan' siapakah si anu Y itu.


Semasa di makmal kita ditunjukkan dan kemudiannya diminta oleh cikgu ilmu sains menguji sama ada bahan itu asid atau pun alkali.  Lalu kita pun diberikan kertas litmus.


ii.

Seorang tukang obral batu permata menjelaskan bahawa batu permatanya bukan saja cantik, achaic@antik malah ia juga bertuah.  Untuk membuktikan keajaiban dan ‘ketuahan’@tuahnya  batu permata itu,  cecair yang tidak berwarna (seperti air) dituang ke atas batu permata itu.

“Lihat...lihat batu bertuah ini bergerak-gerak...”

Ramai yang teruja lalu membelinya...

Ramai yang telah tertipu.


iii.


Hari ini jubur yang asidic atau alkaline itu boleh juga diuji pula dengan pelbagai kertas litmus.

Ujian oleh sang celaka ― seperti Sang Penjual batu permata yang ajaib itu.

Betapa sialnya Tukang Songlap itu.

Bajingan semuanya...

Mahu dibawa ke mana otak dan ilmu yang kita pelajari itu?

Untuk menfitnah? 


No comments: