Tuesday, April 26, 2011

Senarai tragedi kita

Tragedi kita
(Tragedi 1: Utusan dibiarkan mengamuk)

Semenjak Umno/BN kalah teruk dalam PRU12,  begitu banyak peristiwa yang tidak terduga, yang pelik-pelik,  kekadang sama sekali tidak masuk akal, (yang) telah berlaku.  Salah satu contoh utama ‘peristiwa pelik-pelik ini' yang cukup jelas ialah telatah sebuah akhbar Melayu, Utusan Malaysia ― tuang-tuangnya@trumpetnya Umno.    

Tanpa selindung atau pun berlapik-lapik lagi, kita melihat dengan begitu jelas sekali kandungan beritanya, rencana pengarang, esei dan sudut pandangan yang dibawa oleh akhbar ini.  Sentimen mengapi-apikan perasaan orang-orang Melayu, katanya untuk ‘bangkit’ cukup jelas.  Para pembacanya diberikan gambaran bahawa kedudukan orang-orang Melayu itu sudah sangat terancam sekali.  Orang-orang Melayu mestilah sedar hakikat ini. Mereka, orang-orang Melayu tidak ada pilihan lain melainkan: BANGKIT!  

Mereka tak ada pilihan kecuali kembali BANGKIT: Menyokong Umno.    

Tragedi kita ialah membenarkan akhbar menjadi alat hawa nafsu orang-orang politik.

Tragedi kita ialah membenarkan orang-orang politik menguasai akhbar.

Tragedi kita ialah rakyat tidak berbuat apa-apa untuk menghalang tragedi seperti ini.

Rakyat terus membiarkan Meloya mengamuk. 


No comments: