Tuesday, April 26, 2011

Babak-babak ulang tayang

Utusan bawa suara Melayu, kata Muhyiddin
Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani
April 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 April — Utusan Malaysia mewakili kepentingan orang Melayu dan tindakan memulau akhbar milik Umno itu hanya akan membataskan suara kominiti itu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan presiden Umno ini mengulas gesaan MCA agar akhbar itu dipulau ekoran gesaan editornya supaya digerakkan gelombang “1Melayu, 1Bumi”.  Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan membela hak dan keistimewaan orang Melayu, menyahut idea itu.

Minggu lalu, Timbalan ketua publisiti MCA Loh Seng Kok memberi amaran gelombang sedemikian akan mewujudkan persekitaran aparteid di negara ini.

Dalam responsnya hari ini, Muhyiddin (gambar) menambah, kerajaan tidak boleh menghalang akhbar itu daripada menyiarkan laporannya.

“Ia suara dan kehendak komuniti Melayu dan juga rakyat Malaysia pada umumnya. Jika kita baca Utusan, kita dapat melihat bahawa ada laporan-laporan mengenai perkara-perkara lain,” katanya lagi.

...

Sumber berita: The Malaysian Insider:

_________________________________

Apakah yang kita dapat kita jemput dan kunyah dengan hidangan yang seperti ini? 
Apakah makna yang terbongkang dalam hidangan yang segurih ini ?

Apakah yang ‘blak-blakan’@yang terbongkang yang mahu ditonyoh ke dalam kepala ‘hotak’ pembaca mereka?

Ancaman apa mereka mahu sumbat dengan berkata begitu dan begini?
Kepada siapakah mereka talakan segala ancaman itu?

Siapakah yang berlakon dan siapa pula sang sutradaranya?
Siapakah si tukang karang skrip dan siapa pula tukang lagang jalan ceritanya?
Siapa yang menyediakan kostum busananya?
Topeng yang manakah satu telah mereka pinjam daripada Baha Zain?
(Untuk yang lebih rinci sila rujuk sajak, “topeng-topeng” penyair ini)
Siapa pula si tukang karang kata bualnya?




ii.

Anak-anak, cucu serta cicit kita kerap juga menonton segala macam aksi songsang para monyet, kera, beruk serta baboon dalam babak-babak lucu yang tidak begitu melucukan...

Apa pula tanggapan mereka?

Mereka ― anak, cucu serta cicit inilah yang mewarisi kita.



No comments: