Monday, April 25, 2011

Musang alim dalam reban

Dr M tells mainstream media to shed own muzzles
April 24, 2011

Dr Mahathir said self-censorship deprived the government of a true assessment of the public view.

KUALA LUMPUR, April 24 — Tun Dr Mahathir Mohamad today said self-censorship was so prevalent in the mainstream media that it painted the ruling Barisan Nasional (BN) as restrictive.
The former premier then advised the country’s newspapers to occasionally take views opposite to the government instead of parroting the official line from the administration.

“The government sometimes gets lopsided views about what the public is thinking. [The media] think that they should self-censor.

“This gives the impression that it's the government who's restricting them,” the country’s longest-serving prime minister was quoted as saying by state news agency Bernama today, at a forum on “Blogging Mindfully and Responsibly” here.

...

Sumber: The Malaysian Insider
______________________


Di negara ini apakah wujud kelompok manusia yang umumnya kelihatan TIDAK pernah membuat sebarang kesalahan?  Ertinya dalam kalangan rakyat itu memang wujud sekelompok manusia yang sentiasa saja bersih, terbuka, telus ikhlas dan cekap.  Setidak-tidaknya itulah yang mahu dipamerkan oleh manusia-manusia ini: Bahawa mereka itu sentiasa saja bersih lagi suci.

Petikan di atas ialah contoh nyata premis hujah kita bahawa hewan politik itu (khususnya yang memegang tampuk kuasa di negara ini) sentiasa saja berhasrat MEMPAMERKAN tampangnya yang jujur, suci lagi murni.  Dalam konteks ini, akhbar kitalah yang telah menjadi linglung@tak ketahuan@mabuk kerana orang-orang akhbarlah yang telah memilih untuk menjadi penglinglung.  Hewan politik TIDAK pernah mengusik segala kerja buat orang-orang akhbar.  Betapa dewanya hewan-hewan politik-penguasa kita ini.      

Saking jujur-ikhlas dan murninya niat serta tindakan hewan penguasa ini,  sekiranya ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang jelas salah, sesuatu yang melanggar nilai-nilai benar, sesuatu yang jelas menyimpang dari kewarasan akal sihat, sesuatu yang terkeluar dari norma profesion ― percayalah segala salah tingkah ini bukanlah akibat kesalahan, kecuaian atau tanggungjawab hewan-hewan ini.  Oleh sebab mereka ini TIDAk pernah bersalah ― tidak pernah TIDAK berniat jahat ― yang bersalah itu mestilah pihak lain. 

ii.

Pada pandangan kita yang sekepiang ini, soalan yang mesti dijawab oleh segala manusia yang tinggal di negara ini ialah: Kenapakah kita membiarkan ini semua berlaku?

Kenapakah kita membiarkan fenomena Judin itu terus-terusan berulang-ulang,  seolah-olah KITA SEMUA membenarkan tindakan ini.  Bahawa tindakan terhadap Ketua Pengarah Kerja Raya, Prof Ir Dr Judin Abd Karim yang ditukarkan ke CIDB itu benar dan betul.  (Untuk mendapatkan butiran kupasannya yang lebih lengkap, silalah baca catatanhujung Ahmad Lutfi Othman dalam halaman N23, Harakah bilangan 1634.)

Adakah soalan-soalan seumpama ini dibangkitkan secara konsisten, teratur dan strataegik dalam sesi-sesi Parlimen kita?  Soalan yang jelas menunjukkan bagaimana hewan-hewan politik ini menggusur segala peraturan dan norma demi untuk memuaskan hawa serakah itu?

Apakah kita (rakyat jelata) mahu berterusan membenarkan politiklah yang menentukan segala-galanya dalam kehidupan kita?

Apakah kita semua (segala manusia-pemimpin yang di luar sektor politik, misalnya) telah bersimpul mati dan berpendirian bahawa politik itu sentiasa saja benar dan benar dan benar kerana politik itulah kuasa yang maha mutlak?

Dengan menjadi pemerhati yang bisu sebisunya itu, apakah kita juga TIDAK lari meninggalkan tanggungjawab kita?


   



No comments: