Malaysians not ready to abandon ethnic identities, says Dr M
By Clara Chooi
April 22, 2011
Dr M writes only the blind and the bigoted would fail to see the success of a coalition of race-based parties like BN.
KUALA LUMPUR, April 22 — Tun Dr Mahathir Mohamad insisted today that Malaysians are not yet ready to discard their ethnic origins by identifying themselves with only their nationality instead of their race.
Sumber: The Malaysian Insider
_______________________________
Dear Sir,
WE wish to differ.
Untuk pengetahuan kita bersama, ada satu dua perkara yang wajar direnungi dan diSEBUT secara TERBUKA oleh para pemimpin Umno termasuk semua yang Kutty:
Ya, Cina bersatu di bawah DAP untuk menentang para pemimpin yang rasuah@korup, yang zalim ― yang merompak harta negara ini untuk kepentingan mereka dan suku sakatnya.
Tujuan seruan DAP ini ialah untuk memastikan negara kita dipimpin oleh para pemimpin yang telus, terbuka dan TIDAK korup.
Dan orang-orang Cina umumnya faham akan makna, impilikasi seruan ini kepada masa depan seluruh negara ini.
Mereka, orang-orang Cina menyokong DAP.
Kita juga menyokong DAP.
ii.
Sementara Umno pula menyeru orang-orang Melayu supaya bersatu mempertahankan Melayu kerana Melayu adalah Melayu.
Umno menyeru orang-orang Melayu mempertahankan para pemimpinnya yang korup. Hujah paling besar dan utama kenapa orang-orang Melayu mesti bersatu menyokong Umno ialah kerana Melayu adalah Melayu.
Dan masih ramai lagi orang-orang Melayu yang termakan dengan hujah songsang Umno ini.
Kita tidak boleh menyokong Umno.
iii.
Orang-orang Melayu yang meletakkan Islam sebagai pegangan hidup mereka sepatutnya mempelopori perjuangan yang digerakkan oleh DAP dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat ― Pas dan PKR.
Melayu yang Islamlah yang sePATUTnya paling ke depan menentang rasuah, kezaliman, salah guna kuasa dan segala kebejatan lain.
Kita TIDAK boleh menyokong politik perkauman yang dipelopori Umno/BN.
Kutty et al ―tidak boleh ― pura-pura lupa hakikat ini.
No comments:
Post a Comment