Friday, April 22, 2011

Filem Tamil terbaru


KUALA LUMPUR, 22 April — Dilihat sebagai pendirian yang agak mengejutkan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian bertentangan mengenai idea gelombang “1Melayu, 1Bumi” Utusan Malaysia dengan menyifatkannya sebagai satu “malapetaka” jika menjadi kenyataan.

“Saya harap ia tidak akan berlaku. Ia amat tidak baik... orang ramai harus fikir mengenai ini, kita menuju malapetaka jika ia berlaku,” kata bekas perdana menteri ini kepada pemberita di sini hari ini.

Sumber: The Malaysian Insider.
____________________________

Semua bentuk cereka (termasuklah filem Tamil) semakin gagah jika panel skripnya cukup kreatif dan inovatif  sekali dalam mengolah sesebuah karya itu.

(Bila kita menulis ‘kreatif dan inovatif’ tuan bolehlah fikirkan sendiri contoh-contohnya kerana saya juga termasuk orang yang selalu memilih menggunakan istilah tanpa mengetahui maknanya.  Tujuannya cukup mudah:  Untuk memperdaya segala orang yang membacanya.  Biar yang membacanya terasa lebih seram lalu berfikir, “Nah ― inilah lagi idea-idea hebat yang membuat semua orang terpegun.  Macam terpegunnya rakyat tatkala mendengar ucapan-ucapan pemimpin besar yang sarat dan berbobot kerana terselit dan terhamburnya  istilah dan ungkapan ala-ala green technology, ekosistem, biological clock, environmental finger-prints, black sheep, shit dan bullshit...    

Ya betul, ramai sekali (termasuk para pemimpin besar kita) yang meremang bulu syahwatnya dan  tegang otot besarnya apabila menggunakan pelbagai teknik untuk meyakinkan rakyat jelata bahawa ekonomi kita sememangnya hebat.  Saya termasuklah orang yang paling menyampah dengan angka tentang pertumbuhan ekonomi, kekayaaan negara dan kek ekonomi yang berkembang dengan begitu pesat sekali yang dicanang oleh media penyalak itu. 

Saya termasuklah orang yang paling merasakan nikmatnya hidup miskin dengan kuasa beli lima puluh ringgit yang tak lagi seberapa itu.  Saya termasuklah rakyat yang bosan dengan berita tentang pelbagai program membantu rakyat terbanyak sedangkan saban bulan,  bank tidak pernah istirehat dan  terus-terusan juga mengejar ansuran kereta yang dibeli untuk memudahkan anak-anak berulang alik ke bilik kuliah beberapa tahun yang lalu.   Makanya adakah salah jika saya juga begitu menyampah sekali dengan angka-angka yang jelas kaku  basi seakan-akan tampang-tampang dingin keras dan kaku sang FRU tatkala mencegat rakyat di demo PPSMI dulu itu?)

Saya juga begitu menyampah dengan skrip Kutty yang terbaru dalam petikan di atas ini.  Apakah belit-belit dan lawak-lawak jenaka plotnya akan selucu filem ‘Hantu Kak Limah Balik Kampung’ lakonan Awie et al itu? 


Pengarah Kerala yang manakah yang digunakan untuk mengarah filem di atas ini? 

Yang jelas kita tak perlulah membuang masa melayan hal-hal begini sepertimana yang saya lakukan sekarang ini. 

Tak berbaloi dan buat habis boreh saja.




No comments: