Saturday, April 30, 2011

Itulah tampangnya pemimpinmu.


Membaca pemikiran besar Sang Pemimpin

Berita Satu:

Setiap orang ada hak buat sumpah laknat, kata Najib

Oleh Asrul Hadi Abdullah
April 29, 2011

KUALA LUMPUR, 29 April — Setiap orang ada hak untuk melakukan sumpah laknat tetapi kerajaan tidak akan campur tangan sama ada untuk menggalakkan atau mengelakkan tindakan sedemikian, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sumber: The Malaysian Insider

Berita kedua:

Sementara itu Malaysiakini yang memetik Bernama telah melaporkan berita yang tidak kurang menarik.  Tajuk beritanya ialah : “Najib minta PAS keluar Pakatan”


Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.

"Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti PKR".

Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

_______________________________


Kalaulah saya guru sekolah, saya akan meminta anak-anak didik saya untuk meneliti kedua-dua berita di atas.

Kita persilakan anak-anak didik kita membaca kedua-dua berita di atas dengan teliti dan mendalam. 

Bacalah baik-baik berita-berita itu ― luar dan dalam, yang jelas dan juga yang tersembunyi.

Bacalah hati nuraninya yang tersirat itu.  Bacalah kefahaman agamanya.  Bacalah tentang rakyat dan pemerintah.  Bacalah dengan teliti dan penuh hikmah pula.

Kita tak perlu membuka kembali "Sejarah Melayu" untuk membaca apa kata Sang Sapurba.

Itulah pemimpin besar, ya pemimpin besarnya - kamu dan saya

Pemimpin kita.





No comments: