Friday, April 22, 2011

Agenda

Sang penentu Agenda itu


Semuanya bermula dengan agenda.  Mesyuarat ada agendanya dan yang disenaraikan dalam agenda saja yang akan dibincangkan. Yang tidak disenaraikan hanya mungkin diangkat dalam “hal-hal ini.’  Itu pun kalau diizinkan oleh pengerusi mesyuarat.

Akhbar akan  sediakan agendanya.
Akhbar ada agendanya.
Akhbar ada tuannya.

‘Emel Satu Malaysia’ datang dengan agendanya.
Penguasaan Masjid Kampung Baru ada agendanya.
Siri Fitnah itu ada agendanya.


ii.

Kita hanyalah menikmati agenda yang mereka hidangkan.

dan...

Kitalah yang membiarkan mereka menjadi penentu agenda kehidupan kita. 




No comments: