Sunday, April 10, 2011

Fitnah sebagai rancangan pembangunan


Sasaran penFITNAH


Sejak September 1998,  selaras dengan dasarnya yang paling mendasar ― dan sebagai kerja utama dalam ‘pembangunan nasional’ ― perancangan pembangunan fitnah yang dimasukkan ke dalam agenda itu bukanlah agenda satu hari, satu bulan atau setahun.  Itu adalah siri rancangan pembangunan lima tahun yang berterusan.

Bagi kita, agenda paling besar dalam seluruh episod itu ialah memastikan musuh politik nombor SATU Umno itu,  tidak dapat menjadi PM.

Fokus utama program pembangunan Fitnah:

Teruskan agenda fitnahnya secara berterusan dan buat selama-lamanya

Fokus isunya: Mesej bahawa musuh ini tidak layak kerana masalah akhlaknya ― kehidupan seksnya

Ulangi seluruh proses ini dengan penambahbaikan yang berterusan pula


ii.

Mereka sedar bahawa terdapat pelbagai kelompok rakyat:

Mereka yang tak PERNAH percaya dengan segala kerja Umno ini

Mereka yang fanatik dan percaya bahawa apa saja laporan Umno itu tepat kerana katanya Umno menjaga Melayu

Mereka yang ragu-ragu...

Mungkin ada lagi golongan-golongan lain yang wujud dil luar sana.


iii.

Siapakah golongan sasaran mereka?

Mereka, para perancang Umno ini sedar bahawa orang-orang yang berfikir tak akan percaya dengan segala tindakan Umno.  Buatlah apa saja, orang-orang yang berfikir tak akan percaya.

Yang tinggal untuk Umno pengaruhi ialah mereka yang fanatik (tak perlu terlalu bersusah payah untuk dipengaruhi) dan yang paling mustahak: Meyakinkan mereka yang ragu-ragu!

Video terakhir ialah salah satu usaha berterusan dalam projek besar pembangunan negara: Memastikan musuh ITU tak akan berjaya dalam usahanya menjadi orang nombor satu di negara ini.


iv.

Apakah maknanya semua ini?

Dengan segala kecanggihan teknologi putar belit, yang digabungkan dengan teknologi perkasasan dan peralatan (termasuk aktor), satu hari nanti tak mustahil akan beredar sebuah video yang menggambarkan Musuh ITU beraksi dengan penuh nafsu.

Ketika itu bukan saja perut sudah tidak lagi boroi tapi aktornya benar-benar kelihatan seperti Musuh ITU.  Takala itu tak ada lagi keraguan untuk menyatakan bahawa itu BUKANLAH  Musuh ITU.   

Untuk projek pembangunan yang berterusan ini, itu sudah cukup mencukupi untuk mereka.  Yang sudah ragu-ragu semakin hilang keraguannya.


v.

Apakah yang paling wajar kita, rakyat jelata semua, lakukan?   

Marilah,

Kita perangilah mereka ini secara total, perangilah penfitnah sepertimana yang disarankan oleh agama kita, Islam  dan yang lain-lainya.

Kita perangilah mereka dalam semua medan kerana mereka adalah makhluk perosak.

Sejarah menunjukkan bahawa pendendam kesumat, pendengki, penfitnah telah meruntuhkan tamadun. 

Oleh itu para peruntuh tamadun ini, mestilah kita perangi sehinggalah nyawa kita yang dititip@dipinjamkan itu dibawa pulang kembali untuk menghadap Ilahi.
 
Bukankah kehidupan kita itu jauh lebih besar maknanya daripada mempertahankan Putrajaya atau merebutnya?




  

No comments: