Monday, May 30, 2011

'Menyelaraskan' ertinya 'Melucahkan'


seLARAS, maknanya ‘lucah’

Stesen swasta Tiga Suku baru saja mengumumkan Sang Penguasa itu telahpun ‘SELARASKAN’ harga elektrik.

Kamus Dewan, edisi keempat (hal 893) memberikan makna ‘laras’ itu seperti berikut, “ memadankan, mencocokkan, menyamakan, menyesuaikan.”  Contoh ayatnya ialah, “ pada masa ini, beberapa percubaan dilakukan untuk ~ demokrasi dan sosailisme.”

Saya bertanyakan dua orang kawan makna frasa “Mulai hari ini Kerajaan telah menyelaraskan tarif elektrik” .  Kedua-dua orang kawan ahli bahasa ini telah sarankan supaya saya mencari di bawah entri ‘laras’.

Itulah senarai makna yang ditemui.

II.

Rasanya para pakar bahasa, termasuk kedua orang teman saya ini telah terlupa bahawa bahasa Melayu,  sama seperti bahasa-bahasa lain sentiasa dan terus saja berkembang.  Dulu kita tidak pernah temui kata-kata ‘poyo’ dan ‘sengal’ sepertimana yang dimaksudkan oleh anak-anak muda kita sekarang ini.

Contohnya, “Abang Hasni ini poyolah...”

Maka dalam konteks perkembangan bahasa dan juga kemajuan bangsa (tentunya termasuk jugalah kemajuan menipu rakyat oleh Sang Pemerintah), kata ‘laras’ ini juga telahpun memperolehi maknanya yang baru ― LUCAH.

Oleh sebab itu, ayat di atas bolehlah kita gantikan seperti berikut:

“Mulai hari ini Kerajaan telah meLUCAHkan tarif elektrik”

III.

Perubahan ini, kita percaya sangatlah sesuai untuk Satu Pemerintah yang begitu gemar sekali dengan perbuatan yang lucah lagi melucahkan.

Masalahnya sekarang, saya ragu-ragu kepada siapa mahu diusulkan makna baru ini.  Untuk memasukkan makna terbaru ini ke dalam Kamus Dewan, apakah saya perlu menulis ― secara rasmi kepada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka?

Mungkin tuan dapat membantu.



_____________________________

Power rates up 7%, gas price to be floated
Kuek Ser Kuang Keng
May 30, 11
4:46pm

The federal government has raised electricity tariff by an average of 7.12 percent beginning June 1 as part of its subsidy reduction exercise.
The average rise is 2.23 sen/kW unit, from the current average rate of 31.31 to 33.54 sen/kW unit.

Petikan dari laman: Malaysiakini


No comments: