Saturday, July 9, 2011

Jurang itu

Jurang: Kata-kata dan aksi


“Pejuang yang bergerak di saf paling depan memerangi kezaliman penguasa jahat itu ialah sasterawan yang dikatakan novelnya tidak Islamik kerana membela pelacur.  Tapi di manakah tokoh sastera yang mengkritik Samad itu serta para agamawan kita yang moralis, ketika Samad sedang bergelut dengan pelbagai risiko bahaya kerana mewakili rakyat yang mengatakan yang hak kepada penguasa yang zalim agar stop zalim dan berbuatlah yang adil?”

Selepas menerima pesanan ringkasnya, saya bertanya semula, “Kata-kata siapakah itu yang nyata tepat sekali?”

“Siapa lagi ― sayalah...”


2.

Soalan itu akan saya angkat ke dalam kelas sastera yang saya bimbingi. Anak-anak kita di tingkatan empat dan lima yang belajar Komsas, komponen sastera akan saya ajak berbincang pernyataan ini.

Soalan dan persoalannya:

Sebagai seorang guru, apakah yang akan terjadi kepada saya?  Sementara itu, anak kesayangan tuan juga adalah anak murid saya. Apakah reaksi tuan apabila mengetahui itulah bentuk soalan sastera saya?


3.

Jawablah dengan ikhlas walaupun timbunan harta karun yang tuan miliki itu muncul kerana hubungan dan talian politik kepartian tuan yang sangat kental itu.

Bagi yang menulis teks khutbah pula yang begitu keras sekali kecaman terhadap Bersih 2.0 itu, apakah pula reaksi tuan?

Bagaimanakah tuan melihat dan menilai posisi moralis tuan itu tatkala tuan mencari-cari dan tercari-cari ayat-ayat Qurannya ― untuk tuan jual?



1 comment:

lan fisherman said...

yang paling teruk disiksa ialah orang alim yang menjual agamanya kerana keuntungan dunia