Ayuh, kita kunyitkan negara ini.
Dia bercakap tentang majoriti senyap. Baginya majoriti yang berdiam diri ini perlu bangun untuk menyatakan sikap mereka bahawa sesungguhnya Umno/BN itu benar. Menteri yang perdana itu, mahu mereka yang berdiam diri ini kelihatan seperti, sebenarnya dan sesungguhnya penyokong Umno/BN.
Menteri yang perdana, sepupunya yang menjaga keselamatan dan juga menteri yang telah membakar jamban-tan yang kini menjaga tuang-tuang Umno/BN yakin bahawa Bersih 2.0 itu adalah pertubuhan haram.
Mereka mahu meyakinkan para pengundi Melayu di luar bandar bahawa sesungguhnya Bersih 2.0 itu adalah tentera musuh politiknya.
2.0
mereka lupa
kita tidak pernah lupa: Mereka zalim.
jadilah mereka itu pandir bebal
berlakon buta-tuli dan bisu
kata mereka: Bersih 2.0 itu bukan rakyat.
mereka terus berpura-pura:
Bersih 2.0 senjata musuh politiknya!
Pandir dan bebalnya mereka ini.
Bersih 2.0 adalah suara Rakyat.
3.0
mereka takut akan warna itu
Ayuh,
Kita kunyitkan SELURUH negara ini.
Setiap
Sabtu ini,
Sabtu itu dan setiap Sabtu...
biar binau mereka!
kelabakan
kunyit bertaburan.
14 Julai 2011
wangsa maju.

No comments:
Post a Comment