Maka lahirlah peribahasa itu: Seperti menteri ostrich 709
Yuman, cicit puluhan generasi Dinsman-Hasni sedang membaca sebuah kitab lama. Tarikhnya itu mereka ungkapkan sebagai 3011.
Entri sebuah kitab lama menunjukkan keadaan ketika itu. Dalamnya terdapat satu frasa kuno, tahun 2011 yang ditulis begini:
Seperti menteri ostrich 709. Ayatnya berbunyi begini, “ Mereka, para menteri itu, terus-terusan saja menidakkan realiti yang berlaku dalam dan kepada pemerintahan mereka. Mereka terus juga berpura-pura bahawa tidak ada apa-apa yang serius yang sedang dan telahpun berlaku. Paling tragis, mereka terus berbohong, berbohong, berbohong dan berbohong lagi.
Sesungguhnya teras pemerintahan mereka adalah pembohongan ― ya, pembohongan semata-mata!”
No comments:
Post a Comment