Friday, July 8, 2011

Otak: Yang telah sekian lama kecut@kesit

Sumber: Malaysiakini

“SPAD: No bus permits to KL Friday, Saturday
Lee Way Loon
Jul 7, 11
2:03pm

There will be no temporary bus permits to Kuala Lumpur on Friday and Saturday but the LRT, KTM and bus service in town will be operated as usual.

Land Public Transport Commission (SPAD) chairman Syed Hamid Albar (right) clarified that the commission will maintain its policy and not issue any temporary bus permits during non-festive season.

“We have not frozen the temporary bus permits, but only maintaining the status quo,” he told Malaysiakini.

"It has nothing to do with any rally."

______________________________


Di atas ialah salah satu lagi contoh yang terpampang di depan mata kita. Contoh tentang ‘apa dan bagaimanakah pemikiran otak kesit’ itu atau senesensed thinking (kata akarnya: senescent iaitu menjadi tua ― the process of becoming old) itu beraksi. 

Ada lagi satu perkara yang cukup melucukan,  saya tak habis-habis ketawa semasa membacanya:

"It has nothing to do with any rally."
(Ini tak ada kena mengenanya dengan perhimpunan)

Tatkala di Sekolah Melayu Sungai Petani, Kedah ( di depan Masjid Rahmaniah) pada akhir-akhir tahun 50an dulu, kami juga dikehendaki membaca buku bacaan dalam tulisan Jawi.  Dalam buku bertulisan Jawi tersebut terdapat sebuah cerita bagaimana seorang manusia yang tidak begitu cerdik ― yang kesit pemikirannya ― berhempas pulas berfikir bagaimana dia mahu menyembunyikan harta karun yang diperolehinya.

Ya, puas juga sang manusia ini berfikir dan berfikir, bagaimana dia mahu menyelamatkan harta karunnya itu. 

Akhirnya, di tempat tertanamnya harta karun itu, ditulisnya catatan kekal:

“Di sini tak ada harta karun...”


2.

Apakah tingkah laku para Umnoputerawan hari ini, sepertimana yang telah berkali-kali dibuktikan oleh  sejarah,  semakin bertambah jelas - bahawa mereka semakin hari,  semakin gencar  membedil satu sama lain?

Adakah agenda merentap turun ketam yang paling tinggi kedudukannya dalam takhta kuasa itu, sudahpun beroperasi penuh?  Ertinya ketam di atas menara kuasa itu, kini  mahu direntap turun dengan segera?

Adakah orang itu sudah tidak sabar-sabar lagi mahu menaikkan zuriat keturunannya sebagai PM?


3.


Ya, benarlah: Umno itu, selama-lamanya Umno



No comments: