Tuesday, July 19, 2011

...sehinggakan PKR boleh menang 5 Negeri

Sumber: The Malaysian Insider (July 19, 2011)

Bahagian Satu: Petikan tajuk berita

 

Hadi: Pihak bantah PAS sokong Ambiga buta sejarah Islam


KUALA LUMPUR, 19 Julai — PAS menyifatkan pihak-pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam, Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.
...



Bahagian Dua: Komen salah seorang pembaca

mohamadhazwan · 4 hours ago

“Tuan Guru

Nabi Muhamad S.A.W. berbuat demikian pada masa tersebut adalah kerana "untuk membantu mereka yang di zalimi". Dalam konteks ini sekarang, adakah kerajaan yang telah dilantik melalui pilihanraya yang sah berlaku zalim sehinggakan PKR boleh menang 5 Negeri dalam pilihanraya. Sepatutnya BN yang mengatakan demikian bahawa SPR tidak adil/bersih dsbnya untuk mendapat kembali 5 Negeri yang tewas tersebut. 

Walau bagaimanapun, cara untuk berdemonstrasi bagi menyampaikan niat tersebut dengan menyusahkan orang ramai, peniaga dan menggadaikan maruah Negara adalah suatu tindakan zalim yang patut dihindari. Hadis yang dirujukkan adalah diluar konteks.” 



____________________________________________

Untuk renungan bersama


Marilah kita sama-sama renungi petikan di atas dengan saksama.     

Marilah kita teliti dua isu yang pada pandangan kita, ada kaitannya dengan petikan di atas:    

Pertama:  Bersih 2.0 adalah agenda Ngo yang bergabung. 

Bersih 2.0 adalah agenda bersama,  62 buah Ngo yang telahpun bergabung di bawah Bersih 2.0.  Agenda Ngo ini ialah untuk menuntut supaya proses pilihan raya kita menjadi bersih, adil dan telus.  Terdapat lapan tuntutan yang menjadi tumpuan Bersih 2.0. 

Dua di antaranya ialah membersihkan daftar pemilih dari pelbagai bentuk penipuan (pengundi berganda, pengundi hantu) dan penggunaan dakwat kekal yang juga bertujuan mengatasi masalah pengundi berganda/hantu.

Apakah makna semua ini?

Maknanya: Ambiga hanyalah lencongan yang telah diusahakan oleh Umno/BN.  Dan ternyata usaha ini telah gagal.   

Maknanya: Ambiga hanyalah kaedah azali berhujah-cara-Umno.  Umno yang masih lagi terjerat dalam pola pemikiran yang archaic@lama:

Hujahnya: Asalkan Melayu (Umno) ‘kita’ pasti selamat.  

Mereka lupa bahawa orang-orang Melayu (Umno, bukan Umno, tidak berparti) sudahpun mempersoalkan dengan gencar sekali: Siapakah ‘kita-kita’ itu?


Kedua:  Parti-parti politik juga diseru untuk bersama-sama Bersih 2.0  


Semua parti politik diseru supaya menyokong tuntutan Bersih 2.0 dan seruan ini termasuklah kepada Umno/BN.  Ternyata yang cukup berminat dan menyokong penuh hanyalah Pakatan Rakyat.

Dalam mencerahkan persoalan ini, para wartawan media Umno mungkin boleh bertanyakan bos-bos mereka soalan cepu emas ini:

Kenapakah Umno culas sekali untuk bersama-sama Bersih 2.0 pada hal ─ sekiranya Bersih 2.0 juga disokong penuh oleh Umno, maka kemenangan Umno/BN dalam PRU13 nanti pasti akan menjadi lebih manis, lebih bermakna dan lebih gah kegemilangannya!  

Bukankah begitu?

Ketika itu, TIDAK akan ADA lagi suara-suara sumbang bahawa Umno menipu untuk menang dan memerintah. 

Dengan membantu Bersih 2.0 menreformasikan proses pilihan raya kita, maka segala tuduhan sumbang pihak-pihak seperti Bersih 2.0 dan juga puak-puak pembangkang bahawa pilihan raya kita tidaklah bersih, pasti dapat dimatikan dengan tukul besi wibawa kerajaan.   

Ini bermakna pada masa depan, puak-puak pembangkang akan hilang kewibawaannya jika masih lagi membangkitkan isu pilihan raya yang bersih, adil dan telus.
  
Tapi...Kenapakah Umno/BN memilih untuk mengelak dan ─ akhirnya, secara habis-habisan dan ─ dengan segala muslihat, kudrat, aparat dan keparat yang dimilikinya telah menukulbesikan Bersih 2.0?

Lihatlah  segala macam tuduhan, ancaman, peraturan, pembohongan yang telah dimuntahkan oleh SELURUH aparat dan media milik Umno/BN itu.

Kenapakah semua ini terjadi?  Adakah terdapat sesuatu yang betul-betul tidak kena jika pilihan raya kita menjadi bersih, telus dan adil?

Di sini, soalan kita ialah:  Kenapakah pendekatan permusuhan ini yang telah bersusah payah dipilih oleh Umno?

Apakah ini bermaknanya bahawa Umno/BN tidak mahu pilihan raya kita bersih, adil dan telus?

Itukah maknanya? 

Ya, ituuu   lah maknanya.

Maknanya: Umno takut ─  jika pilihan raya kita menjadi bersih, adil dan telus.  



No comments: