| Harakahdaily |
Mereka juga hairan kenapa Lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan bahawa insiden pelepasan gas pemedih mata dalam kawasan hospital berkenaan tidak berlaku, sedangkan mereka tidak berada di situ.
“Rakyat tertanya-tanya mana pergi Datuk Seri Hishammuddin Hussein, selaku Menteri Dalam Negeri, beliau mesti mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku, selaku menteri yang menjaga hal ehwal kepolisan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Idris menambah, Hishammuddin tidak boleh melepaskan diri dengan tragedi 9 Julai kerana sikap tidak profesional polis dan keganasan mereka sudah ditonton oleh dunia.
“Hishammuddin mesti dipertanggungjawab, jangan beliau hanya berlagak dengan kuasanya sahaja untuk membuat ugutan kepada rakyat, tetapi tidak mempunyai kebolehan untuk mengurus anak buahnya supaya bertindak secara profesional,” ujarnya.
Beliau berkata, di dalam peperangan pun hospital dan mereka yang terlibat dalm paramedik dilindungi.
“Sedangkan ini hanya himpunan aman, undang-undang mana Hishammuddin ajar polis untuk bertindak sedemikian rupa,” katanya lagi.
Tambahnya, terdapat bukti bergambar yang dirakam memang berlaku tembakan gas pemedih mata dan air berasid di perkarangan Hospital Tung Shin dan Bersalin Cina di Jalan Pudu, bukan hospital di Gaza Palestin.
________________________________
Rakyat juga tertanya-tanya, ke mana perginya Menteri yang membakar jamban tan dengan soalan, “Kenapakah berita ini tidak diulang-ulang tayang oleh tv milik kerajaan?
Rakyat juga bertanya, ke mana perginya para penulis khutbah, pembaca khutbah, para imam yang berdegar-degar bercakap dan memetik surah itu dan ini tentang Bersih 2.0 itu, lari menyembunyikan diri?
Mereka juga terus bertanya bagaimana permohonan membersihkan pilihan raya kita supaya BEBAS penipuan itu boleh begitu menggegarkan seluruh negara?
Ke mana perginya gerombolan para temberang ini?
Adakah lagi bahasa yang lebih bagus untuk memerikan perangai mereka ini?
No comments:
Post a Comment