Thursday, September 22, 2011

Yang paling utama - pilihan raya yang telus

Di sini tak ada harta


Kisah seorang tua menemui emas setakar,  kemudiannya teramatlah bingung dia jadinya  memikirkan cara bagaimana mahu ‘menyimpan’ rezeki terpijak itu,  telah kita ceritakan dalam blog ini.  Mungkin lebih dari sekali.

Kata yang empunya cerita buku tulisan Jawi semasa saya di sekolah rendah itu, akhirnya lelaki tua temui juga kaedahnya ─ gali lubang dalam-dalam, timbus takar berisi barang berharga itu, lalu pulang...

Namun lelaki tua itu terfikir, ada sesuatu yang masih belum cukup lengkap.  Dia kembali lagi lalu meletakkan notisnya, besar-besar “DI SINI TAK ADA EMAS!”

2.

Di sebuah negara nun di kayangan, Sang Penguasanya berjalan-jalan di Petaling Street,  bersalaman sambil berkerang busuk ke sana ke sini, sepanjang jalan yang penuh sesak itu.  Esoknya Kertas Belacan itu pun menyiarkan peristiwa jalan kaki dan kerisin kereyeh itu sebagai berita muka depan.  Sepatah kata temanku, “Pathetic!”  Itu tatkala dia baru naik takhtanya.

Malam sebelum datangnya tarikh merdeka, Sang Penguasa ini berucap pula tentang, “Di buana ini kitalah demokrasi setanding Barat, kita nyahkan ISA!”  Sambil itu dia berbisik-bisik, “Demi untuk keselamatan Negeri Kayangan yang tercinta ini, kita akan gubal DUA, bukan SATU ─ tapi DUA buah undang-undang baru.” 

Ah, betapa luar biasanya Negeri Kayangan itu.  Dan seperti biasa, esoknya sekali lagi Kertas Belacan itu pun menjerit-jerit di muka depannya.

Semalam seorang pemimpin pembangkang yang berhujah bahawa kemerdekaan itu bukannya kerja buat mutlak gang Sang Penguasa saja, orang itu diseret ke dalam mahkamah.  Benarlah prinsip mereka selama ini ‘jika aku kalah berhujah, akan kuajar segala Penentang itu dengan Undang-Undang!”

Sebabnya mudah saja kerana undang-undang itu adalah untuk keselamatan negara.

3.

Seorang anak menjerit kepada bapanya, “BAPA PEMBOHONG!” kerana sang bapa telah mungkir janji.

Kita masih lagi kerisin-kerenyeh macam beruk peliharaan?


No comments: