Tuesday, October 18, 2011

Kerana mereka rela

Kuasa mengatasi segala-galanya


Pertembungan, intrig, tipu, muslihat, pujuk-rayu, ancaman, pembohongan, penipuan, kemunafikan dan segala macam lagi bentuk kebejatan yang terlintas dalam fikiran atau yang TIDAK pernah kita fikirkan itu sudah wujud di alam nyata.  Ia nyata.  Ertinya semua yang tidak masuk akal waras ini,  wujud dalam dunia kita.

Dalam dunia kuasa, ini semua real@nyata.  

Bagi kebanyakan orang, apatah lagi yang lurus bendul, hal-hal seperti ini hanya wujud dalam alam sureal.  Apakah sebabnya?  Bagi mereka ‘manusia’ tak mungkin memperlakukan manusia lain sedemikian rupa apatah lagi jika ‘manusia’ itu yakin bahawa agama itu panduan mutlak dalam hidup dan kehidupannya.


2.

Dengan latar yang sedemikian maka kita temuilah falsampah seperti, “kita perlu zalim jika mahu menjadi adil.’   Dan beberapa malam yang lalu, tatkala bertemu teman-teman di Johor, mereka pun berbicara sekitar nasib yang menimpa Felda.  Kata teman-teman ini, orang-orang luar, orang-orang asing sedang beratur menantikan saatnya tanah rancangan itu ‘dikerjakan’ di pasaran terbuka. 

Ya, proses di pasaran terbuka itu berlaku demi untuk kebaikan orang-orang Melayu jua.  Itulah hujah mereka. Ya, sama seperti hujah mereka tatkala mereka ‘demi Melayukan’ Kampung Baru, jantung ‘pembangunan’ Kuala Lumpur itu. 

Kata teman-teman ini, semua ini berlaku kerana dunia Melayu kita umumnya telah menjadi terlalu absurd.  Oleh sebab itu kerja-kerja menipu, berbohong dan bermunafikan tanpa rasa sedikit pun perasaan malu itu sudah semudah mereguk air.

Mengikut pengakuan yang berterus terang ─ terang-terangan dan tanpa segan silunya oleh sekelompok Melayu yang dekat dengan kuasa itu, mereka telah sampai ke tahap ini kerana wujudnya dorongan yang cukup besar.  Kata mereka:  

“Kami menipu orang-orang Melayu kerana mereka bodoh.  Ya, orang-orang Melayu ini terlalu bodoh dan tak merasakan apa-apa apabila ditipu.  Malah mereka tetap percayakan kami.”                

“Kenapa sampai begitu?”

“Mereka percayakan kami!”

3.

“Bila lagi mahu sedar?”  saya bertanyakan teman-teman di Johor ini.  Memang satu soalan yang bodoh.   

“Bila semuanya telah terlambat.”

Selama ini, apakah yang orang-orang Melayu ini makan?


No comments: