Monday, October 24, 2011

Mana lagi Aziz Barinya?

Kita semua tinggal dalam kawasan tadahan
(We all live in a catchment)


Sila perhatikan kenyataan ini:

Kita semua tinggal dalam kawasan tadahan (Indonesianya: lahan?)

Setiap kawasan tadahan itu memiliki nadi saliran semula jadinya.  Atau dengan perkataan yang lain,  dalam setiap kawasan tadahan itu ada saja parit, caruk, alur dan sungai yang akan menyalirkan air hujan yang mencurahi lalu terkumpul di dalam kawasan tadahan tersebut. 

Perhatikan bagaimana kita secara sengaja tidak memasukkan prasarana saliran yang moden iaitu ‘longkang’ kerana bagi kita longkang yang diperbuat daripada konkrit bukan lagi semula jadi, tapi sebenarnya buatan, artificial.

Berdasarkan premis hujah yang sama, sebaik saja sebatang sungai itu manusia konkritkan batang tubuhnya; perut, dinding dan lantainya maka ia sebenarnya telah dikuburkan, hidup-hidup. Sungai yang dijadikan longkang yang besar adalah alam yang telah mati.

(Every catchement has its drainage arteries which are drains, caruk, alur dan sungai/rivers.  Once you concrete a drainage artery, such as a riverlet,  it’s very life is terminated, pocik. Yes,  that natural brook or a stream is murdered).


2.

Premis yang mudah seperti di atas menunjukkan bagaimana apa yang selama ini kita namakan ‘pembangunan’ itu telah membunuh alam keliling, flora dan fauna termasuk kita para manusianya ─ secara perlahan-lahan ─ tapi nyata.

Maka oleh sebab itu setiap kali kita dilanda banjir, janganlah kita terburu-buru berfikir bahawa itu adalah bencana alam kerana pernyataan ini tidaklah seratus persen benar.

Ya, ia mungkin saja bencana akibat perbuatan manusia yang rakus.


3.

Bolehkah kita bincang bagaimana kita mahu mengatasi atau paling tidaknya tebati (mitigate) perbuatan membunuh alam linkungan ini?
    
Mari kita bincang satu petunjuk.  Kata seorang sahabat saya, mantan bos jurutera semasa di JPS dulu, di kota London polisi hanya membenarkan maksima 38% kawasan tadahannya disonglap menjadi belentara batu.

(Belantara itu adalah kawasan batu yang tidak telap air, impervious developed surfaces). Katanya lagi kita Kuala Lumpur, angkanya sudahpun mencapai 48% dan jangan lupa yang kita berada dalam kawasan Khatulistiwa yang amat kaya hujan itu)

Perhatikan kata kuncinya: Polisi.

Adakah kita memiliki polisi seperti itu?
Apakah implikasinya jika kita wujudkan polisi yang sedemikian?
Apa pula musibahnya jika tidak pedulikan semua itu?

(Lihatlah bagaimana mereka begitu rakus menebang hutan yang sedikit itu di kawasan-kawasan bandar.)

Tugas siapakah membangkitkan isu-isu seperti ini?

Mana dia Aziz Barinya alam sekitar itu?

Are we all dead?




No comments: