Sumber: http://www.malaysia-chronicle.com/
Friday, 09 December 2011 08:05
Soi Lek: Casino closure plan shows hudud will affect non-Muslims
Written by -
PUTRAJAYA- PAS is contradicting itself when it claims the implementation of hudud is not likely to affect non-Muslims.
MCA Young Professionals Bureau chairman Datuk Chua Tee Yong said its intention to close the Genting Highlands casino would surely affect some of the 15,000 people working there.
He said the tourism industry would be severely affected if Pakatan Rakyat went ahead with its decision as the resort received some 20 million visitors yearly.
“How can PAS claim the implementation of the law would not affect non-Muslims?
“What would happen to the people working there? Wouldn’t they become jobless?” he asked yesterday.
2.
Orang muda profesional MCA ini mahu membuktikan bahawa ‘hududnya Pas’ tidaklah baik untuk negara ini kerana undang-undang itu turut mempengaruhi orang-orang yang bukan Islam.
Sebenarnya dalam berteori tentang ‘Casino Genting-mungkin-ditutup-jika-Pakatan Rakyat-menang-PRU 13’, Datuk Chua Tee Yong telah menunjukkan bahawa ada kemungkinan Casino itu terus kekal walaupun Pakatan Rakyat menjadi Sang Pemerintah setelah selesai PRU 13 nanti. Namun dia memilih untuk tidak mengulas lanjut aspek kemungkinan Casino Genting tidak ditutup kerana ingin menunjukkan betapa ‘bahayanya masa depan Casino Genting’ jika Pakatan Rakyat yang memenangi PRU 13 nanti.
Ya, bagi Datuk Chua yang dalam bahaya yang teramat sangat apabila UMNO/BN kalah ialah Casino Genting bukannya UMNO/BN ― termasuk para cukongnya MCA.
3.
Kenapakah orang muda profesional MCA ini membangkitkan isu jika Pusat Perjudian Genting ditutup?
Kenapakah dia memberitahu khalayaknya alasan-alasan berikut?
Pertama dia meramalkan apa yang bakal terjadi jika UMNO/BN kalah, ertinya Pakatan Rakyat memenangi PRU 13 itu nanti.
Ini bermakna jika Pakatan Rakyat tidak memenangi PRU-13 nanti, senario Casino Genting ditutup ini tidak akan terjadi. Maka dia pun berhujah untuk memastikan Pusat Perjudian Genting itu tidak dilupuskan dari muka bumi ini, maka UMNO/BN termasuk MCA mestilah memenangi PRU 13 nanti.
Kata Datuk Profesional muda MCA itu lagi, Pusat Perjudian yang tersohor itu akan terus berdiri megah di kaki Banjaran Titi Wangsa JIKA UMNO/BN terus memerintah.
4.
Seterusnya Datuk Chua Tee Yong memberikan beberapa alasan kenapa UMNO/BN mesti kekal sebagai Sang Penguasa selepas PRU-13 nanti:
i) Ramai yang bakal kehilangan pekerjaan di Genting jika Pakatan Rakyat menang. Dipetiknya angka sebesar 15,000 orang yang bakal ditimpa musibah kehilangan pekerjaan itu.
ii) Industri pelancongan bakal terjejas teruk kerana 20 juta orang yang ke sana setiap tahun, tidak lagi dapat ke sana kerana Genting sudahpun lenyap dari muka bumi ini. Bayangkan 20 juta orang ke Genting setiap tahun! Demikianlah kata Datuk muda MCA ini.
iii) Ekonomi negara juga bakal terjejas teruk dengan tindakan yang MUNGKIN diambil oleh Pakatan Rakyat nanti.
5.
Hujah tidak berselindung, tidak berlapik dan penuh yakin yang dibangkitkan oleh profesional muda MCA ini ialah:
Judi membantu ekonomi dan rakyat negara ini.
Ertinya kantung negara menjadi kembung kerana judi. Ertinya, negara ini makmur kerana judi.
Dan tidak kurang pentingnya, orang muda MCA yang profesional ini secara tersirat, berhujah lagi:
Orang-orang bukan Islam menyokong judi kerana ia baik untuk ekonomi negara ini.
Judi juga baik untuk pelancongan.
6.
Sementara itu Sang Profesional muda MCA yang cukup bimbang jika Genting ditutup ini, tidak pula menceritakan milik siapakah rumah judi terbesar ini.
Dan profesional muda MCA ini nampaknya belum lagi ingin menseminarkan isu judi ini sehingga ke peringkat nasional sepertimana bosnya Soi Lek telah lakukannya untuk hudud.
Sebenarnya kita ingin juga melihat isu judi ini Soi Lek juarai dan seminarkan.
Kita ingin mendengar hujah-hujah para pahlawan UMNO yang Melayu sejati itu dan yang kental Islamnya berhujah kenapa judi ‘halal’ seperti di Genting itu baik untuk negara ini.
Kita ingin melihat bagaimana para pejuang bangsa dan agama seperti Perkasa, Pekida bentangkan hujah-hujah mereka tentang ‘manfaat’nya judi kepada sekalian ummah.
Kita juga ingin mendengar hujah para agamawan institusi-institusi rasmi Islam negara kita seperti JAKIM, JAIS, Jabatan Agama Negeri-Negeri, IKIM dan sekalian para muftinya dan ulamaknya berhujah tentang isu judi ‘halal’ ini.
Paling tidak kita ingin juga mendengar suara para pahlawan Islam yang telah muncul memijak kepala lembu, berbicara di depan khalayak tentang judi.
Dan kita tentunya amat merindukan suara juara Islam dalam barisan EXCO Negeri Selangor itu. Kita ingin sekali mendengar dia membaca ayat-ayat tentang judi ‘halal’ Genting.
Dalam seminar Soi Lek tentang judi ‘halah’ ini itu nanti, kita juga berpeluang mendengar suara dan pandangan para paderi Kristian, Tok Cha Buddha dan para sami Hindu tentang judi.
Soi Lek, bila lagi mahu kamu adakan seminar kebangsaan tentang kebaikan, konsep dan falsafah judi ‘halal’ UMNO ― tuan politik kamu itu?
No comments:
Post a Comment