Keris murtad itu
Melayu biasa itu pakainya harga diri, taat-yakin pada yang ghaib, rindu wafatnya dalam dakapan imam.
Percayalah di bumi ini masih ramai Melayu, orangnya biasa-biasa.
Masih ramai Melayu, orang biasa tak punya apa-apa tidak rela digelar kaki makan free. Nilainya, tinggi, terlalu tinggi untuk mengemis perlindungan semu.
Orang Melayu biasa, yang miskin harta masih kaya otak fikirannya.
Melayu yang biasa-biasa cukup sedar pabila citra murtad kamu hunus di depan khalayak.
2.
Orang Melayu yang biasa-biasa itu sedar, siapa makin sasaunya.
Orang Melayu, orang biasa-biasa yang miskin sedar kamu itu alat.
Simpanlah keris murtadmu, sebelum ia merobek jantungmu.
Kassim Muhamad.
Wangsa Maju.
10 Disember 2011.
No comments:
Post a Comment