Berdemonstrasi
Beberapa orang pengusaha ternakan lembu ‘beli-lepas bebas-tangkap-dan-jual’ di Titi Hayun sedang membincang ternakan mereka yang katanya tak mahu pulang-pulang lagi ke kandang:
Usahawan A: Sekarang ini lembu-lembu kita sudah mencalai keluar kampung. Ada yang tak mahu balik-balik lagi ke kampung kita.
Usahawan B: Bukan itu saja masalahnya. Kamu tau, sekarang ini dah ada lembu masuk kandang orang kampung sebelah dan tak mahu balik-balik lagi?
Usahawan A: Macam mana nak balik kalau orang-orang ini umpan dengan dedak!!
Usahawan C: Apa kita nak buat?
Usahawan B: Lembu kita, hak kita. Harta merdak kita tak boleh biar orang lain rampas dan sembelih!! Mereka tak ada hak.
Usahawan C: Apa kita nak buat?
(Tiba-tiba masuk seorang lelaki boyot, songkok setinggi Menara Kembar dan keris yang terhunus...Pak Perkakas)
Pak Perkakas: Kita demonstrasi saja. Biar depa tahu kita tak boleh dipermain-mainkan!
Seluruh Usawahan A,B,C saling berpandangan ― lalu melaung sekuat-kuat hati:
Ya, kita demontrasi ke seluruh negara!!!
No comments:
Post a Comment