cerita tupai dan bom belakang rumah
Kita semua arif bukan mudah untuk mengubah tanggapan seseorang manusia itu tentang apa saja perkara yang ditanggapinya selama ini. Contohnya seorang pembaca yang percaya bahawa ‘Akhbar A suka buat fitnah’ tidak akan percaya bahawa Akhbar A berupaya melaporkan berita yang benar. Pembaca yang sudah tepu dengan tanggapan bahawa ‘Akhbar A suka buat fitnah’ tidak akan peduli segala berita yang dilaporkan oleh Akhbar A. Bagi pembaca ini apa saja berita yang dilaporkan adalah fitnah walaupun Akhbar A melaporkan berita yang benar dan tepat. Si pembaca sudah tidak percaya bahawa itu adalah berita yang benar.
Sebagai individu kita boleh saja deretkan sebab musababnya kenapakah si pembaca ini sangat fanatik dengan tanggapannya ‘Akhbar A suka buat fitnah.’ Bagi kita cabaran paling besar bagi Akhbar A ialah bagaimana pemiliknya mahu mengajak si pembaca ini menyentuh Akhbar A tersebut. Ya, kita hanya mahu mengajak si pembaca yang fanatik ini membaca satu pandangan yang berbeza. Misalnya pandangan yang berbeza daripada apa yang dibacanya dalam Utusan dan juga yang ditontoni di kaca tv.
Bagaimanakah kita mahu mengajak penyokong fanatik Umno membaca Harakah?
Atau soalan-soalan yang lebih relevan ialah:
Bagaimanakah tanggapan seluruh pimpinan Pas setiap kali mereka meneliti Harakah?
Bagaimanakah kita mahu meningkatkan bilangan ahli-ahli Pas supaya membaca Harakah?
Bagaimanakah edaran dan pulangan Harakah itu memanfaatkan perjuangan Pas?
2.
Seorang sahabat kerap mengulangi cerita tupai yang berada di puncak pohon yang tinggi. Kata teman ini, walaupun tupai ini tersangatlah kecil dan duduknya pula ― nun di puncak pohon yang paling tinggi, segala geraknya diperhatikan. Ya, walaupun sekecil mana sekali pun geraknya sang tupai itu, gerak gerinya itu sentiasa saja diperhatikan dengan penuh teliti oleh segala macam manusia yang berada di bumi ini. Tambah teman ini lagi, oleh sebab itu si tupai perlulah berhati-hati dengan gerak gerinya. Ia sentiasa saja diperhatikan.
Maka apabila ada laporan tentang bom buatan belakang rumah yang telah mencederakan sekian ramai orang, kita pun teringatkan kisah sang tupai kecil yang berada di pohon yang amat tinggi itu. Kita juga teringatkan peristiwa Sauk yang telah dilakonkan semula itu.
Inilah salah satu pesanan ringkas seorang teman ― berhubung gerak geri orang-orang yang berada di puncak pokok yang maha tinggi, pokok keselamatan:
‘Terasa seperti ada suatu prancangan jahat yang lain’
Hello, Mr Credibility why are you so elusive?
Ya, Tuan Kredibiliti sampai ke mana kamu melarikan dirimu?
No comments:
Post a Comment