Persiapan sebelum berundur
Ada dua coretan@entri TT hari ini, 12.50 tengahari, 10 Januari 2012 yang membuat saya teringat:
Pertama: Coretan@entri yang pertama
‘mari datang untuk ketawa
sebelum ketawa dikenakan cukai
kah kah kah’
Saya teringatkan resit bayaran sepinggan hidangan yang bernilai RM 4.50 (Ringgit Malaysia: Empat Ringgit dan Sen Lima Puluh Saja).
“Berapakah harga mi goreng ini?”
“RM 4.50 tidak termasuk cukai.”
Peristiwa-peristiwa bayaran sebelum cukai ini telah kita alami di panggung-panggung wayang ada di restoran-restoran segera yang diimport dari Amerika.
Yang terfikir ialah:
Apakah tidak mungkin, beberapa hari yang tidak lama lagi, Wak penjual durian juga akan berkata:
“Durian yang bagus ni RM 10.00 sekilo ― tidak termasuk cukai”
atau
“Bayaran untuk berhajat kecil di tandas ini ialah tiga puluh sen saja ― tidak termasuk cukai. dan kalau tuan mahu berhajat yang lebih besar, tuan perlu tambah lima puluh persen ― tidak termasuk cukai”
Kedua: Coretan@entri yang kedua:
“tak caya?
kerana pada ketika ini
di perak geng mat itam
sedang merembat tanah
sedang mengagih agihkan tanah
kepada penyokong dan para kroni
kerana tak lama lagi bai bai”
Yang terfikirkan ialah:
Apa lagi yang masih tinggal setelah takdirnya Pakatan Rakyat mengambilalih pemerintahan negara ini?
“Ya, apa lagi yang masih selamat dan belum lanun-perompak itu hanguskan?”
Soalan seterusnya, “Berapa besarkah beban hutang yang rakyat negara kita bakal tanggungi? Hutang yang ditinggalkan para lanun dan rampok itu?”
Dan soalan seterusnya:
“Apakah rakyat tidak boleh ambil semula segala yang dirampok Kassim dan Ali Baba itu?”
Soalan terakhir:
“Bagaimana ya ― ya, bagaimana jika para lanun dan rampok dibiarkan terus memerintah negara ini?”
No comments:
Post a Comment