Thursday, January 12, 2012

Di kampungku, mereka panggil XYZ Bom

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/186378

Bombs linked to 901 rally demonstrators

Who planted the bombs? The usual suspects 6:41 AM, Jan 12, 2012

YOURSAY 'Why would 901 supporters place bombs at the very place they would be holding the rally? It is like bringing a bomb to your own living room...'.

XYZ: I think that Utusan and the police source may be right, that the bombs were indeed planted by Pakatan supporters. But I personally think that they were planted by the Christians.


KOMEN

Di atas adalah dua petikan komen pembaca Malaysiakini.

Bukankah sudah cukup jelas, bahawasanya para Pembohong itu tidak dapat selama-lamanya hidup dengan menjadi kaki BOHONG?


2.

Di kampung kami ada seorang hamba Allah yang dikenali ramai sebagai XYZ Bom. Sebut saja nama itu, XYZ Bom - semua orang tahu. Dan ini termasuklah anak-anak remaja. Orang kampung kami tahu bahawa XYZ adalah seorang kaki temberang kerana setiap kali ‘dianya’ membuka mulutnya, ‘dianya’ pasti temberang!

Walaupun perbuatan memberikan gelaran, biasanya gelaran yang buruk kepada seorang manusia lain itu perbuatan yang tidak manis dan kekadang boleh sampai ke tahap yang tidak bermoral@berdosa, namun ternyata masyarakat begitu gemar memberikan gelar atau label-label tertentu (petanda bahawa masyarakat itu sakit?) kepada anggotanya. Biasanya dengan label-label tertentu ini, masyarakat umum lebih mudah mengenali watak-wataknya.

3.

‘Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama jadi Menteri’

(Ada TNC yang katanya dibuang kerja kerana meminjam pantun ini?)

Tidakkah tuan resah gelisah, gelisah dan teramatlah resah jika sudah sekian banyaknya institusi awam (yang pada dasarnya wujud untuk melindungi kita) sudahpun menjadi XYZ Bom?


4.

Tidakkah kita kasihan pada diri kita sendiri, belas dan kasihan anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit kita yang bakal dipimpin oleh para kaki bohong?

Bukankah kita sedang menuai apa yang telah kita semai dan pupuk selama ini?

Sebagai penutup, marilah kita sama-sama berdoa:

Ya Rabb, selamatkanlah kami semua!

Amin.

No comments: