Roti di atas meja
SMS Semalam: Geng2 lama anwar kat xxx dah mula sibuk bertanya ttgnya.
SMS seperti ini menceritakan tanggapan seorang manusia terhadap persekitarannya ― bagaimana pengirim sms ini melihat perilaku manusia-manusia yang menghuni pusat-pusat pengajian tinggi kita berfikir dan bertindak. Ya, bagaimana mereka yang telah diamanahkan untuk mendidik anak-anak kita supaya menjadi ‘orang’ menanggapi peristiwa seperti 901.
Kita boleh saja renungi pelbagai aspek peritiwa-peristiwa begini untuk kebaikan bersama. Paling tidak kita mungkin ingin tahu apakah yang telah terjadi?
Atau kita mungkin juga kita tidak pedulikan semua kejadian seperti ini.
2.
Dalam satu peristiwa seni di salah sebuah negeri, seorang penyair ditanya,” Kenapakah sajakmu begitu sekali memuji-muji Sang CEO negeri?”
“ Apakah tidak wajar aku berbuat begitu? Kita datang ― tambangnya dibayar, makan minum ― malah uuuuu pun ditanggung!”
Apakah tuan hairan apabila seorang Kutty selalu berkata, “ Setiap orang ada tanda harganya.” Jika harganya tepat semua boleh mereka beli.
3.
Apakah kita perlu peduli semua itu? Bukankah roti pagi ini sudahpun tersedia di atas meja?
No comments:
Post a Comment