Membeli belah orang
Kawanku karibku seorang juruperunding modal insan tiba-tiba saja menelefon.
“Sim, adakah sesiapa yang boleh carikan pembeli orang terbaik, head-hunter terbaik di Kuala Lumpur?”
“Hang nak mentekedarah sapa?”
“Adalah” jawabnya pendek.
Dalam bisnes membeli belah orang ada beberapa faktor yang menentukan harga:
Pertama: Berapakah kos yang sanggup dibayar oleh calon pembeli?
Kedua: Berapakah kos yang empunya diri? Ertinya berapakah kosnya untuk sekali xxxxkang?
Tak mahal, fikirku. Pertama dia telah terlalu bosan tinggal di negara orang. Belacan, sambal belacan, rojak, pub dan bir boleh diperolehi di atas angin. Tapi di negeri atas angin tak ada pokok kelapa. Bukan untuk menghasilkan todi tapi untuk melihatnya meliuk-liuk setiap kali ditiup angin. Liuk lentok pokok kelapa dalam segala macam irama bayu tak mungkin sama dengan liuk tarian pokok-pokok pinus. Orang ini merindui itu semua.
“Mike, kau sebut saja berapa. Dia pasti terima. Orang yang sedang lemas pasti capai apa saja. Tahi pun dikira batang kayu.”
Hari minggu beritanya terpampang di muka depan. Orang itu bercakap tetang idola yang dipuja selama ini. Idola yang yang mahu mereka benam sekali lagi itu tidak layak menjadi pemimpin negara.
“Mike, sedap juga kalau orang sudah mahir menjxxxxx.”
Ada yang terbahak-bahak di hujung talian.
No comments:
Post a Comment