Monday, January 2, 2012

Bersih 2.0 bukanlah terakhir

Melintasi garis AI sebagai PM


Berita besar Meloya dan BM pada hari minggu pertama tahun baru 2012 ialah tentang ‘pandangan pakar’nya, expert advice RPK, Raja Petra Kamaruddin berhubung layak atau tidaknya Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri mengingatkan kita kepada dua soalan.


Soalan Pertama: Apakah masalah terbesar yang dihadapi oleh Umno/BN, lebih khusus Umno?

Jawapan: Sejak 1998 kita melihat bahawa wujud ketabsuban yang demikian melampau dalam tingkah lakunya Umno. Ya, jika kita perhatikan betul-betul segala perbuatan dan tingkah lakunya, Umno kelihatan begitu yakin bahawa masalah terbesarnya ialah Anwar Ibrahim (AI).

Oleh sebab AI yang menjadi masalah paling besar kepada Umno, maka segala kerja-buat Umno sejak 1998 ialah memastikan AI tidak lagi berfungsi dalam politik negara kita. Ertinya pada perhitungan Umno jika AI ‘diamankan’ maka tidak ada lagilah masalah paling besar kepada Umno.

Bagi kita yang menarik untuk dibincang bukanlah ‘betul atau tidak betulnya’ tanggapan Umno ini. Apa yang menarik untuk dibincangkan ialah apakah kesan paling besar akibat daripada perbuatan Umno dalam segala daya usahanya untuk ‘mengamankan’ AI ini?

Kesannya ialah Umno telah kehilangan credibilitynya ― secara menyeluruh, secara total. Kredibilitinya sebagai parti yang memerintah telahpun tergugat, tercabut sehingga ke akar umbinya. Sebabnya cukup jelas. Rakyat telah melihat dengan jelas bagaimana ketaksuban yang melampau untuk menjahanamkan AI, telah membinasakan institusi negara kita. Ya, pelbagai institusi kita telahpun rosak binasa kerana keserakahan Umno ini. Senarai institusi yang telah rosak binasa itu telah begitu sering dibicarakan.

Lihatlah bagaimana kekecewaan meluas rakyat ini diterjemahkan. Rakyat yang begitu kecewa sehinggakan apa saja yang ada bau-bauan cop Umno dicurigai. Himpun yang katanya tulus dan telus dijauhi kerana dipercayai terpalit dengan najis Umno. Ya, apa saja dan siapa saja yang disentuh Umno menjijikkan.

Mutakhir ini yang namanya Raja, RPK itu telah bergandingan tangan untuk memusnahkan AI. RPK turut binasa credibilitynya kerana telah memasuki rumah jijik itu. Ertinya sedar atau tidak, yang namanya RPK telah membinasakan credibilitynya sendiri.


Soalan kedua: Bagaimana cara yang paling berkesan untuk mengharu-birukan Pakatan Rakyat?

Jawapan: Formula terbaik untuk pecah dan perintah ialah dengan menggunakan unsur-unsur yang mampu menakut-nakutkan pelbagai kaum di negara ini. Senjata yang dikira paling berkesan ialah Race (Bangsa) dan Religion (Agama).

Untuk itu wadah atau platform telah dicipta ― khusus untuk menjayakan program-program yang tertentu pula. NGO-NGO tertentu yang didirikan dengan maksud tertentu pula menjadi tempat terbaik untuk bersembunyi sambil melemparkan batu. Di antara projek, objek dan kaedah lemparan yang dirasakan cukup menggemparkan sehingga mampu memecah-belahkan rakyat ialah dengan melemparkan kepala-kepala babi ke dalam masjid-masjid.

Percayalah, ada pihak yang berputih mata kerana sering membaling batu sambil mendedahkan kexxxxxxnya.

Kesimpulan:

Rakyat negara ini telah mara begitu jauh meninggalkan isu yang bagi Umno dikira maha penting ― AI sebagai calon Perdana Menteri.

Di samping itu seluruh rakyat negara ini telah jauh meninggalkan politik jahat ― politik perkauman, politik melelong permusuhan, politik menaja kebencian.

Paling menarik, mereka@rakyat telah bulat tekadnya mahu menghumbankan Umno kerana parti Melayu itu nyata berpura-pura linglung selama lebih setengah abad lamanya!

Bersih 2.0 bukanlah yang terakhir.

No comments: