Monday, January 2, 2012

Pereputan tidak mahu berhenti. Kenapa?

Brakes put on Lean Hock bus company after 64 years
January 01, 2012


BUKIT MERTAJAM, Jan 1 — Lean Hock Company Sdn Bhd ceased operations today after offering a stage bus service between Bukit Mertajam and Kulim for the past 64 years, Bernama Online reported today.

Escalating operational costs, a declining number of passengers and competition from Rapid Penang were cited as the main reasons for the cessation of operations by Lean Hock Company Sdn Bhd managing director Tan Eng Hooi.

Tan also told the news portal the company had chalked up loses of RM200,000 over the past few years.

Lean Hock has compensated 31 of its staff, including 26 bus drivers, who have been left redundant.

Meanwhile, an officer of the northern branch of the Peninsular Malaysia Transport Workers Union, Musa Abdullah, expressed regret over the developments and called on the Land Public Transport Commission to take immediate action to help the company and its staff.

He told Bernama that Lean Hock is the fifth bus company in the northern states to cease operations.

Other companies to go bust previously included Kenderaan Langkasuka Sdn Bhd (KLSB), City Liner and United Traction Company (UTC).


2.


Berita kematian seperti ini tidak perlu dipedulikan. Apakah yang mahu dihebohkan apabila sebuah syarikat atau berpuluh-puluh syarikat bas ditutup? Bukankah apa saja yang bernyawa (segala yang ‘baharu’) akan mati jua apabila sampai saat dan masanya untuk mati?

Anak pinak, saudara mara, sahabat handai yang kita cintai mungkin saja mati di dewan pembedahan kerana ‘ajalnya’ juga sudah sampai. Dalam kehidupan ini, kita perlulah kembalikan segalanya kepada takdir kerana itulah ketentuannya.

Apabila ada anak muda yang mati di lokap setelah ditangkap, kita tidak perlu bising-bising kerana itulah proses yang dilaluinya. Polis tidak akan menangkap orang yang tidak bersalah kerana tugas polis ialah untuk menjaga keamanan. Takdirlah yang menyebabkan anak muda ini sampai ajalnya di dalam lokap.

Apabila anak kita memasuki universiti, tugas utamanya ialah untuk belajar supaya mendapat ‘ilmu.’ Setelah berilmu dia diberikan sekeping kertas yang mengisytiharkan kepada seluruh dunia bahawa dia telahpun berilmu. Jika anak kita sukar mendapat pekerjaan, jangan terlalu bimbang kerana kita ada kabel besar untuk memasukkan anak kita ke syarikat itu atau kilang ini.

Anak-anak yang bising-bising seperti Adam Adli tidak diperlukan kerana mereka telah dihasut oleh pembangkang.

Apabila seorang RPK berkata seorang Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana sebab itu dan ini, kita pun angguk-angguk kerana seorang RPK telah berkata demikian. Peduli apa dengan masa dan ketika RPK dan akhbar itu berkata demikian?

Setiap malam kita berjemaah di surau sambil menghadap kitab kuning yang bercerita tentang pelbagai hal. Kita pun sangat gembira kerana telah belajar sesuatu yang baru dari kitab-kitab yang kuning itu. Pahalanya pasti bertimbun-timbun. Esok paginya kita bangun lagi untuk mengulangi prosesnya. Inilah takdir dalam kehidupan. Jika kita tidak bangun-bangun lagi kerana telah mati diserang jantung semasa tidur, itulah takdir kita.

Bagi yang malas dan yang bejat dan yang tidak lagi mahu ke surau, mereka duduk-duduk sambil berguru dengan peti-peti tv yang ghairah dengan cerita-cerita seram. Tidak mengapa itu takdir kita. Kita wajar hadapinya dengan tabah.

Hari ini kita semua mahu makan apa? Pada 9 Januari Najib mahu makan siapa?


3.


Kenapakah kita tidak berhenti barang sejenak - ya, hanya sejenak - untuk bertanya?

Kenapakah begitu?

No comments: