Sunday, January 1, 2012

Wawancara TYB dengan Benz Ali, PAM!, Paksi Anak Muda

UPSI BERDARAH! TEMUBUAL BERSAMA BENZ ALI. SAKSI MATA SEORANG PENYAIR.
Oleh TheYellowBoutique pada pada 1hb Januari 2012 pukul 11.50 pagi


TYB : Gua kasi masuk TYB. Wat start dari kul 12

Benz Ali : ok.lu nak sekarang ke?

TYB : Kasi santai nyer pun dah okey.

Benz Ali: Okey. Baik. Malam tadi sebenarnya bermula agak lewat, jam 12 ke atas kerana polis telah sekat semua pintu laluan. Gua ingat tak jadilah.

TYB: Agak-agak kul bape?

Benz Ali: Sebelum pukul 10.00 pagi.

TYB: So bermula macam mana? Lu kat mana time ni?

Benz Ali: Okey. Masa tu gua dengan Pak Kassim, member Dinsman dan Ali Bukhari Amir (wartawan Harakah) depan UPSI.

TYB : Pintu Utama?

Benz Ali : Ya. Tak jauh dari situlah. Sebab, sebab, sebab sangat banyak. Maka gua call la Syukri, tanya jadi ke tak malam ni? Syukri SMM tu, member kampus gua. Dia cakap jadi. Sekarang dia kata, dia di Pintu Timur. Maka gua cakap kat Pak Kassim, kita ke sana la. Sampai sana, polis trafik tahan dan minta ic drebar dan tanya tujuan kami datang ke sini. Pak Kassim katalah, kami datang nak baca puisi, seorang lagi polis datang (bukan trafik), dia minta kami belahlah. Takpelah, masa kami nak belah tu, kami nampaklah mahasiswa-mahasiswa yang ditahan polis tak jauh dari Pintu Timur. Kami bajet, nak baca puisi dekat tempat kami tunggu mula-mula tadi sebab dekat tempat tu, ada budak-budak Cina. Nak ajak depa nikmati puisi. Nak sampai je kat sana, terjumpa tiga Muslimat. blablablabla...

TYB : Bro masukkan masa sekali. He.. he..

Benz Ali : Pukul 1 lebih

TYB : 1.30?

Benz Ali : Ya. Gua tak tengok jam sangatlah bro. Gua sampai KL tadi pun jam 4 pagi.

TYB : He..he..awek ramai..memanglah lu tak tengok jam la. Okey-okey..sambung

Benz Ali : Kemudian gua call Shukri kkk. Haha. Lu celake

Benz Ali : Ok. Pukul 1 lebih tu. Gua dan Pak Kassim termasuk Ali. Gua sampai dekat pintu utama UPSI, budak-budak demonstran dah banyak termasuk muslimat-muslimat. Gua mencelah di situlah. Tak lama lepas tu, kitaorang semua berbaring atas jalan. Polis-polis pun mula la menyalak. Kitorang tak pedulikan. Lepas slogan-slogan dah dimainkan diorang minta kitorang baca sajak.

Gua bacalah sajak tu, Ali baca sepam. Polis datang dan kemudiannya semua orang berdiri. Gua jaga Adam dari belakang. Polis suruh kitorang belah dgn hailer, polis-polis makin ramai. Dalam UPSI pun dah ada polis. Kitorang kat luar pagar, seorang daripada demonstran panjat pagar. Masa tu berlaku rentap merentap, gua dakap Adamlah. Polis nak leader2 ni tau tak? Memang agak dahsyatlah rentap-rentap tu. Kemudian, gua tak pasti pula macam mana Safwan Anang tu boleh berdarah. Ada klinik depan tu pecah, mungkin Safwan Anang di situ masa tu dihempuk polis binatang tu? Masa dah berdarah tu.

TYB : Polis rentap leader je? Student lain?

Benz Ali : Ada seorang pengsan ke atau dilanyak (gua tak nampak darah kat budak seorang ni. Seorang lagi yang berdarah di kepala dan mata, gua rasa tu Safwan kowt) polis rentap semua kami supaya bagi leader-leader tu ditangkap. Macam gua, polis tolak ke tepi, tak pula dia masukkan dalam Black Maria depan tu. Shukur juga la, ic gua hilang bai. Kalau masuk dalam jadi cerita lain pula.

Balik pada tadi tu, masa ada budak yang berdarah dan pengsan tu. Saifullah Zulkifli, member PKPIM nak hantar ke hospital. Sebaik sahaja dia buka pintu kereta, semua orang kerumun la. Masa tu juga, kunci myvi dia hilang. Celake bai. Time-time tu polis sial ni boleh buat dajal. diorang dah rampas kunci myvi tu dan bawa lari myvi tu dekat tengah jalan la. Seorang lagi keluar dengan keretanya, tak silap gua, kereta tu wartawan Antara Pos punya, perempuan. Dia pinjamkan kereta dialah. Tak apelah, lepas tu budak-budak yang cedera tu dibawa ke hospital. Leader-leader semua kena angkut, so apa lagi choice yang ada? Tak ada pilihan bai, selain bersurai. Gua cuma penyair, bukan leader.

TYB : Sadis bai cerita ni

Benz Ali: Ya. Tolonglah cari gambar pasal ni. Sakit hati gua ni. Bab dia belasah budak-budak tu dan suruh kitorang belah? Memang gua bengangla.


TYB : Teruskan cerita sampai lu blah..

Benz Ali : Walaupun gua tak kenal pun budak-budak kat situ melainkan Syukri dan beberapa orang lain.hm, ini kesimpulan la kowt. Gua fikir kitorang belum cukup strategik. Sepatutnya SMM fikir, kalau satu leader kena angkut, ada lagi leader yang tinggal. Maknanya semua itu leader supaya malam tadi, lepas habis semua leader kena angkut dalam Black Maria, kita jangan balik dulu. Kumpul di mana-mana dan bincang dan rancang apa nak buat lagi. Itu leader yang tinggallah.

TYB : Memang la..may be kurang berpengalaman. May be kurang human resource. Anggaran bape orang semalam?

Benz Ali: Ya, sekitar dua ratus orang. Apa pun, lebih seratus. Boleh tahanlah bro. UPSI bukan kawasan kita Lembah Klang, polis-polis tahulah.


TYB: Okey..wa nak publish ni. Pakai nama lu ke apa ni?

Benz Ali : Dan gua fikir ya, pakaila nama gua.

TYB : Okey..

Benz Ali: Gua sanggup naik mahkamah jadi saksi mata. Celake polis. Gua tak redho anak gua nanti jadi polis!

No comments: