Monday, February 20, 2012

Siew Lan ke YIK

Lim Siew Lan ke YIK


Semasa puteri sulung-tunggal pekebun sayur Labis, Johor ini mengisi borang permohonan untuk belajar di Tingkatan Satu, Maahad Tahfiz Sains di Bukit Panau, Kelantan dia cukup sedar hakikatnya: Bahawa dia tidak layak pun memohon untuk memasuki sekolah elit aliran sains-agama ini kerana pelbagai sebab:

i) Dia tidak pernah memegang Al-Quran (Bagaimana Siew Lan mahu menghafaz Al-Quran?)

ii) Bapanya Buddha, ibunya juga demikian, Siew Lan pun seorang Buddhist.

iii) Pengetahuan agama Islamnya berhubung hal-hal yang paling pun asas pun boleh dikatakan nol ― kecuali sekadar semacam ‘kesedaran’ bahawa dalam agama Islam itu ada tajuk-tajuk ― sembahyang, puasa, zakat dan haji kerana Siew Lan kerap mendengarnya.

Tentunya Siew Lan pernah mendengar pelbagai cerita seram sejuk (katanya, hujah) tentang hudud yang primitif, Islam yang ganas, dan tentang Arab-Arab yang ganas-ganas belaka. Bayangkan, dia diberitahu oleh stesen-stesen tv di negaranya bahawa World Trade Centre, WTC yang tercokoh itu pun dilanggari@diruntuhkan oleh para fanatik Islam. J.W. Bush yang Junior mantan Presiden Amerika juga memberitahu rakyat seluruh makhluk dunia termasuk Malaysia, “Either you are with us or with them!”


2.

Apabila Lim Siew Lan menerima tawaran untuk memasuki tingkatan satu sekolah agama yang penuh prestij itu, Siew Lan begitu tergamam sekali. Bagaimanakah semua ini mungkin sedangkan aku tidak memiliki syarat-syarat yang paling minima untuk menjadi seorang hufaz. (Perkataan itu pun diketahui setelah bertanyakan Ustaz Halim di sekolahnya).

“Kami mahu membuktikan bahawa nikmat Islam itu boleh saja sampai kepada siapa saja.”

“Jadi sayalah kelincinya?”

“Ya, begitulah ... agaknya” jelas Sang Mudir sambil mengurut-urut janggutnya.


3.

Itulah serpihan serabut-serabut mimpiku tentang ‘nikmat’ Islam. Nikmat kepada siapa saja di seluruh muka bumi ini ― Islam yang bukan milik mutlak para bani Melayu.

Islam, senjata terbaru Umno dalam pusingan terakhir PRU-13 ini.


Ke manakah larinya ‘nikmat’ Islam itu?

No comments: