Dialog BERSIH
1.
Tembok konkrit
sebuah gedung bank cukup nikmat untuk melepaskan pegal-pegal kaki dan betis. Lalu dua orang manusia pun bertegur sapa:
A; Boleh saya
duduk di sini?
B:
Silakan. Silakan.
A: Dari mana?
B: Kedah.
A: Kedah?
Dekat mana?
B: Taman Intan.
Sungai Petani.
A: Saya tahu tempatnya. Kenal Cikgu Aziz yang mengajar di
Tembak?
B: Kalau saya
tengok muka, rasanya saya kenal.
A: Kenapa mai
Bersih ni?
B: Depa kecoh
teruk. Kita dok biax kat depa lama
dah...
2.
Dalam hiruk
pikuk keriuhan suasana, laungan pelbagai ungkapan, bertalu-talu kedengaran di sepanjang jalan di
depan Masjid Jamik:
Bersih!
Bersih! Hidup Bersih!
Bersih!
Bersih! Hidup Bersih!
REFOR ― MASI! REFOR ― MASI! REFOR ― MASI! REFOR ― MASI!
REFOR ― MASI! REFOR ― MASI! REFOR ― MASI! REFOR ― MASI!
Hidup! Hidup!
Hidup Rakyat! Hidup Hidup! Hidup Rakyat!!!
Allah huakhbar!
Allah hukbar!
(Aneh sekali,
semua, termasuk yang bukan Islam pun turut bertakbir)
B: Tengok,
kalau yang bukan Islam pun sama-sama bertakbir, Umno nak bohong macam mana lagi?
3.
Satu ketika,
tiba-tiba mereka bernyanyi negaraku. Kami
semua berdiri tegak sambil bernyanyi bersama-sama. Begitu selesai, mereka bersorak dengan
gemuruh sekali.
Pabila azan
berkumandang, ada seorang dua memberikan memberi isyarat, dengan meletakkan jari
telunjuk di bibir ― supaya
diam. Semua diam, riuh rendah pun
terhenti seketika. Dan sebaik saja
azannya usai, mereka bersorak dengan gemuruh sekali!
Maka tatkala
sujud terakhir, aku sebak mengenangkan semua itu.
Malaysia ― sejahteralah wahai negaraku yang
tercinta!
4.
Akhirnya, mereka tetap ditembak juga. Junta Myanmar teresak-esak, mereka telahpun dikalahkan.
No comments:
Post a Comment