SARKOT PDRM ― canister itu.
Perhatikan
sarung peluru, canister atau pun SARKOT PDRM ini. Apakah soalan pertama yang terlintas dalam
kepala tuan apabila melihat SARKOR PDRM? Saya telah bertanyakan soalan ini kepada
beberapa orang teman. Berikut, jawapannya:
i) Adakah PDRM
sengaja nak timbulkan provokasi apabila menembak canister ke arah rakyat untuk
mencetuskan huru hara?
ii) Jawapannya
kejahatan akan dilakukan
iii)
best...dapat ‘lesen’ untuk melawan.
2.
SARKOT PDRM
ini menggeletak di depan pintu belakang sebuah restoran di Jalan Tuanku Abdul
Rahman. Semasa memungutnya, ia masih lagi
panas. Oleh kerana tidak cukup kuat
menahan bahangnya, kubungkusnya dengan baju Bersih 3.0 yang sengaja kulencunkan.
Yang pertama terlintas dalam kepala ialah:
Aku dapat
melihatmu dari dekat, ‘cilaka’nya kamu!
Selama ini di
antara soalan yang wujud dalam kepala ialah:
i) Kenapakah,
AKHIRNYA reaksinya semestinya begini?
ii) Apakah
mereka yakin bahawa merekalah yang sentiasa mengawal keadaan, SAMPAI BILA-BILA
PUN? Mereka yakin? Betapa padirnya mereka ini.
iii) Berapa
banyakkah wang yang diperuntukkan untuk membeli PELURU begini semata-mata untuk
menembak orang-orang awam?
iv) Berapa
buah rumah kos rendahkah yang boleh didirikan dengan peruntukan segede itu?
No comments:
Post a Comment