Lagi pengamatan peribadi
(Kesan Bersih
428)
Ia semakin
nyaring. Ya, tuntutan pilihan raya negara kita mestilah BERSIH supaya rakyat yakin
dan percaya bahawa mereka dapat memilih kerajaan yang mereka kehendaki, sudah tidak dapat dibendung-bendung lagi. Itulah kehendak dan tuntutan Bersih Satu,
Bersih 2.0 dan ― kelmarin
428, (28 April 2012) Bersih 3.0.
Puluhan NGO yang bergabung di bawah panji-panji Bersih 3.0 itu, sudah tidak percaya lagi kepada SPR yang
bertanggungjawab mengendalikan proses pilihan raya negara kita. Dan parti-parti politik pembangkang juga
tidak percayakan kepada ketelusan proses pilihan raya kita, khususnya daftar
pemilih yang tercemar dan dicemari dengan warga negara segera. Mereka semua bimbang nasib politik negara bakal
ditentukan oleh rakyat asing.
Sesungguhnya impak
tuntutan Bersih itu sudah terlalu kuat dan meluas. Dan tuntutan itu nyata cukup munasabah, dan sekiranya Kerajaan Umno benar-benar
mahukan pilihan raya yang betul-betul bersih dan bebas, Kerajaan Umno ini tidak
ada lagi pilihan ― kecuali
meladeninya atau mendengarnya. Kerajaan
Umno perlu mendengarnya kerana kini ia tidak ada helah untuk berhelah lagi. Kerajaan Umno tidak boleh lagi TIDAK mempedulikannya
apa yang dibangkitkan oleh Bersih selama ini.
Ya, selama ini ― bertahun-tahun
tuntutan ini dibangkitkan, namun Kerajaan Umno memilih untuk berpura-pura tidak
tahu dan seolah-olah tidak pernah mendengarnya. Akhirnya, untuk mematikan suis tekanan itu, yang
sedemikian nyaring, sebuah jawatankuasa parlimen ditubuhkan. Seperti kita ketahui, peranan JK Parlimen ini
juga dilihat dan terbukti sekadar menghabiskan beras semata-mata.
Benarlah, Umno tak punya pilihan kecuali mendengar tuntutan
Bersih 3.0. Rupa-rupanya NGO ini sudah mahukan
Dataran Merdeka sebagai tempat mereka membuktikan bahawa rakyat sudah tidak
sabar lagi mahukan kelapan-lapan tuntutan ini dipenuhi sebelum PRU 13 nanti.
Sehubungan
itu, sila teliti senarai soalan ini:
i) Apakah kita
fikir, impian Bersih yang mahu berhimpun di Dataran Merdeka itu begitu mudah dibenarkan? Ya, dibenarkan berjalan dengan baik@aman?
ii) Apakah kita
fikir, mereka mahu membenarkan peristiwa
428, Bersih3.0 itu berjaya menghimpunkan lautan manusia dari
seluruh pelosok tanah air kita, kecuali - mungkin Sabah dan Sarawak?
(Pandirlah
jika kita berfikir sedemikian. Segala
jenteranya bekerja keras supaya 428 Bersih itu bakal memantulkan najis
ke mukanya Bersih 3.0 sendiri.)
iii) Apakah kita
percaya Kerajaan Umno itu telah berjaya menidakkan suara protes rakyat?
Kita percaya pelbagai cebisan
pengamatan, cerita bakal menyusul. Sedikit masa ini, kita akan perolehi jawapan-jawapannya.
2.
Masih ingat
malam UPSI Bedarah itu? Malam UPSI
berdarah pada malam tahun baru yang lalu hanyalah peristiwa kecil. Ia merakamkan telatah segelintir mahasiswa ― tak sampai pun seratus orang, berkumpul
dan memprotes sesuatu isu, telah dibantai habis-habisan dengan begitu bengis
sekali. Apa yang berlaku pada malam itu jelas
membuktikan bahawa protes biar betapa aman, tenteram sekali pun, tidak mungkin dibenarkan berlaku, sekiranya itu adalah suara rakyat yang memprotes. Para ‘penentang’ Kerajaan walaupun siapa saja
mereka, tidak akan dibenarkan berjaya menunjukkan bahawa yang wajar dapat
berjalan dengan aman tenteram. Kerajaan
Umno, sama seperti rejim yang zalim dan yang sudah tidak jejak di bumi nyata,
tidak mungkin membenarkan semua ini berlaku.
3.
Mungkin ramai
yang telah membaca, mendengar segala hujah yang dipaparkan oleh segala macam mesin
kerajaan Umno tentang Bersih yang katanya kotor itu. Setelah mendengar dan membaca segala macam
laporan yang dipaparkan, fikirlah soalan-soalan yang boleh diterima oleh fikiran
kita sendiri. Jangan terlalu gelojoh, lalu
baham dan telan semuanya, bulat-bulat.
Kita manusia ― berfikiran
― bukannya lembu menginapnya
di kondo.
Setelah itu bandingkanlah
dengan laporan oleh akhbar yang bukan milik Umno berhubung peristiwa ini. Telitilah laman-laman maya bukan milik
Umno. Berhati-hatilah kerana ada akhbar
yang pada permukaannya, kelihatan bebas dan telus sebenarnya tidaklah telus dan
bebas. Pada saat-saat tertentu, seperti pasca 428 Bersih ini, wajah sebenar
akhbar/tabloid ― tanpa
topeng itu terserlah. Ramai, termasuk penulis,
mencari makan dengan mengambil upah.
Akhir sekali,
sila perhatikan kenderaan ini. Perhatikan
betul-betul dan tanyalah soalan-soalan yang tepat mengenainya.
Semasa saya
tiba di Sogo, Tian Chua masih duduk-duduk di atas tangga pasar raya tersebut,
dikerumi oleh anak-anak muda Unit Amal.
Ketika baru sampai sebuah tubuh berbalut kain di kepalanya masih menggeletak. Orang ramai dilarang mendekatinya. Dia sedang diurus untuk diusung ke
hospital. Saya tak sempat rakamkan
saat-saat tersebut.
Sementara itu
yang berseragam biru, menjerit-jerit menghalau segala yang hadir. Saya bayangkan singa lapar yang baru dilepaskan ke dalam
Colosseum Rom kuno.
Ya, tak ubah makhluk yang betul-betul kelaparan. Ketika itu, Jalan Tuanku Abdul Rahman milik
mereka.
Salah seorang manusia
berpakaian awam, menjerit tatkala berjalan, di kaki lima di depan Sogo
“Kamilah yang
merempuh dekat Dataran Merdeka tadi!!”