PASCA BERSIH
3.0: USAH LADENI LENCONGAN UMNO
Pertama:
Agenda perjuangan Bersih
Tuntutan supaya
Rakyat tulen (kerana ada rakyat mi segera) saja yang dibenarkan memilih Kerajaan
Malaysia, kini semakin disedari kepentingannya oleh orang ramai. Orang ramai juga semakin sedar kenapa Rakyat
Malaysia mesti perjuangkan tuntutan Bersih yang lapan itu:
1) Bersihkan
senarai undi
2) Reformasikan
undi pos
3) Gunakan
dakwat kekal
4) Akses media
dan adil
5) Masa kempen
minima 21 hari
6) Kukuhkan
institusi awam
7) Hentikan
rasuah
8) Hentikan
politik kotor
Lapan tuntutan
di atas bertujuan menjamin pilihan raya yang adil, bebas dan telus. Itulah terasnya demokrasi.
Kedua: Umno tidak mahu pilihan raya yang bersih?
Apakah Umno tidak
mahu tuntutan di atas dipenuhi kerana pilihan raya yang Bersih akan
menyukarkannya? Pilihan raya yang adil,
bebas dan telus bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh Umno. Pilihan raya yang bersih, telus dan bebas akan
membunuh segala peluang Umno dan alat-alatnya untuk terus menipu. Itulah sebabnya SPR, agennya Umno bermati-matian
mempertahankan proses pilihan raya yang sedia ada.
Ketiga: Umno dan lencongannya
Seperti biasa,
lebih-lebih lagi pabila tersepit, Umno gunakan setiap ruang dan peluang untuk
mengalih pandangan rakyat ke tempat lain.
Medianya telahpun menuduh Bersih 3.0 ganas dan kotor. Umno beruntung kerana lawannya mengambil sikap
berhemah yang berlebih-lebih. Umno
beruntung kerana sebagai sebuah organisasi yang ‘gentleman’ lagi profesional, Bersih 3.0 mahukan apa sebenarnya berlaku pada
saat-saat akhir himpunan suku juta rakyat Malaysia itu, dikaji sedalam-dalamnya.
Walaupun niatnya
cukup baik, wajarlah kita berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan
lencongan. Rakyat Malaysia sudah selalu
sering ditipu, dilecong-kelentong. Jawatankuasa
Parlimen pasca Bersih 2.0 adalah bukti nyata apa yang berlaku. Oleh itu, elok kiranya kita berpada-padalah dalam
hal berlapang dada dan berbaik sangka
dengan Umno. Sekali Gerombolan, tetap
gerombolan.
Keempat: Pengadil pilihan raya mencederakan pertandingan yang sihat
Sebarang pertandingan
pasti gagal mencapai matlamatnya jika pengadilnya berat sebelah, berkepentingan
dan tidak kompeten. Oleh sebab itu, pengadil dan pasukan Suruhan Jaya
Pilihan Raya mestilah dibersihkan terlebih dahulu. Pengadil yang baru perlu diperolehi. Bersih harus teruskan gerakan dan usaha ke
arah itu. Adalah satu tragedi kepada masa
depan negara kita, jika kita terus bersabar dengan pengadil yang curang dan
tidak amanah.
Kelima: Usah benarkan Umno terus berwayang dan berlakon
Perancangan, tindakan
lanjutan yang berterusan dan strategik diperlukan jika Rakyat Malaysia benar-benar
mahukan sebuah Malaysia yang baru dan merdeka.
Jika perlu, kita teruskan dengan
siri Bersih xyz.
Ini bermakna,
akhirnya Umno tak punya pilihan lagi, kecuali bertanding dalam pilihan raya sebagai
lelaki sejati. Masa untuk Umno berterus-terusan
berwayang kulit dan berlakon untuk mengekalkan kuasa telah tamat. Rakyat mahukan tindakan ― bukannya slogan.
Hidup Bersih,
Hidup Rakyat Malaysia!
____________________________________________________________________________
Nota kaki: Usahlah
membuang tenaga dan masa meladeni segala NGO katak. Mereka sekadar memanggil hujan. Simpan tenaga
untuk kerja-kerja yang lebih bermanfaat.
Dan tidak kurang pentingnya, usah disahut latahnya Kutty et al. Kerja melayan latahnya hanya membuang masa
dan menghabiskan tenaga yang berharga.
Biarkanlah dia
terus melatah. Biarkan dia memeluk apa
yang mahu dipeluknya, semahu-mahunya.
No comments:
Post a Comment