kita ini - semuanya lembu
di laman
digital pagi ini, ada fatwa ‘orang-orang’
― yang kerjanya menjaga kantung
anak-anak bangsa kita bersekolah: bahawa
teras segala kemelut-masalah negara ini ialah:
“It's all
because someone wants to be PM”
bagi ‘orang-orang’
seumpama dan sekelas dengannya, yang bijaknya hanya menghalau cak dan pipit di
sawah, seluruh kehidupan kita ― pasaknya adalah “ada seseorang yang mahu
jadi PM”
rupa-rupanya
ada rumus terpahat ― di puncak
menara yang kembar:
ptptn: hanyalah masalah besar pabila ‘Ada orang mahu
jadi PM’
skandal lembu disiforkan
kerana ‘Ada yang mau jadi PM’
teoh beng hock
diletup-meletup citranya kerana ‘Ada orang mahu jadi PM’
kapal yang
tidak selam, kini heboh di Paris dek angkara ‘Ada yang mahu jadi PM’
altantuya tidak
pernah bersemadi aman kerana ‘Ada yang mahu jadi PM’
felda ― hanya berantakan setelah “Ada yang mahu
jadi PM’
bersih 3.0 itu
gara-gara ‘Ada yang mahu jadi PM’
benarlah,
bagi mereka,
kita semua
sekadar lembu-lembu
1 malaysia.
ah, betapa ...
No comments:
Post a Comment