Kebijaksanaan pemerhatian
silam
Setelah kita
sedar, ia sudahpun hadir bersama-sama kita di tengah-tengah masyarakat. Kita tidak begitu peduli bila, siapa, bagaimana
ia lahir. Yang kita tahu ia sudahpun hadir
bersama-sama kita. Dan setelah ia di’pakai’
berulang-ulang kali sehingga menjadi satu kebiasaan, ia pun menjadi ’adat’ ― tumbuh dan membesar sebagai
khazanah. Di sesetengah kelompok masyarakat,
rombongan meminangnya akan berjual beli pantun.
Di sekolah
kita dideretkan dengan pelbagai bentuk khazanah lama ini untuk dihafal kerana
mungkin ada soalan yang bakal keluar dalam peperiksaan nanti. Guru yang mengajar ‘karangan’ menggalakkan
kita menggunakannya apabila mahu menyatakan sesuatu dengan lebih indah dan
menarik. Pesan guru lagi, ‘gunalah
perumpamaan dengan secara berhemah dan tepat’.
2.
“Luar biasa.”
kata saya sebaik saja kami keluar kenderaan setelah parkir di halaman rumah
yang indah-nyaman dek alam yang ramah itu.
Selain pohon-pohon koko, saya tertarik dengan pokok kelapa di tepi rumah
― buah-buahnya masih jua utuh
di atas pelepah, menarik perhatian. Yang kerap ditemui ialah buahnya selalunya telah
‘tergolek dog’ di atas tanah.
“Ah, biasa tu.”
balas Alinor. Mungkin dia terkejut
mengetahui ada manusia Melayu yang perak melihat buah kelapa yang sebegini.
“Itulah yang Tok
Guru tembak di kebun-kebunnya.” Dinsman mungkin
teringatkan dokumentarinya yang merakamkan kehidupan seharian seorang pemimpin
besar di Kelantan.
3.
Apakah kita
tidak lagi mampu mencipta perumpamaan, bidalan atau pun syair yang indah-indah
untuk diwarisi anak cucu kita? Apakah
bakal berkekalan kata-kata seperti ‘cintanya sesetia telefon mudah alih.’
Apa pun, kita tidak akan lupakan obor itu. Kita sentiasa saja teringat unggun itu ― UNGGUN BERSIH.
Unggun untuk
28 April 2012!!!
No comments:
Post a Comment