Kita pun bergelar - Penggentel
Semasa meredah
saat-saat getir-tidak-masuk-akal, Bersih
3.0 pada 28 April 2012 itu, tentunya ada pengajaran yang boleh kita boleh renung
dan pelajari. Ya, kita belajar daripada
pelbagai peristiwa yang terjadi di sekeliling kita, di depan mata kita. Lebih menarik lagi, jika peristiwa itu pengalaman peribadi kita. Ya, kita mengalaminya sendiri. Malangnya, kadang-kadang tatkala sesuatu peristiwa
itu berlaku, mungkin tidak terlintas dalam fikiran bahawa itu adalah sesuatu yang
bermakna. Suatu peristiwa yang mungkin dapat
dijadikan petunjuk berguna, kemudiannya.
Semasa gas
pemedih mata itu menerobos masuk ke kedai ‘buku Indonesia’, tingkat dua Wisma Yakin, berhampiran Masjid
India, segala yang ada dalam toko buku itu sedar bahawa gas pemedih mata telahpun
ditembak. Dan ketika itu, saya cuba
menghantar pesanan ringkas kepada teman-teman, tapi ternyata pengirimannya
gagal. Secara peribadi, saya tidak mencatatkan
jam berapa peristiwa itu berlaku. Ketika
itu saya tidak pedulikan waktunya. Pada
saat-sata itu, yang terlintas dalam kepala, “Apakah hpku ini telah masuk air?” walaupun
seingat saya, urusan pembayarannya kemas
dan terkini.
Peristiwa
kecil-kecil sebegini cukup membantu kita ― kemudiannya. Rupa-rupanya
teman-teman lain juga mengalaminya.
Ya, memang
benar, kemudiannya teman-teman ada menyatakan bahawa capaian telefon bimbit mereka
juga bermasalah ketika itu. Kata mereka
lagi, sebenarnya talian komunikasi telah dimatikan ketika itu. Bayangkan talian telefon dikomatoskan, para wartawan
pada dikeroyok kerana Sang Penguasa itu telalu bimbang dunia di luar sana bakal
ada “AKSES MEDIA BEBAS DAN ADIL” (nota: Tuntutan ke empat Bersih).
Pengajaran:
1) Segala persetujuan
dan segala macam janji yang telah dipatri-mati bersama dengan Sang Penguasa itu
tidak boleh diandalkan ― kita tidak
boleh diyakini janji-janji itu tidak dinodainya.
2) Kita telah
melihat bagaimana segala janji dan peraturan yang telah dirundingi dan dipersetujui bersama itu, telah mereka humban
ke dalam longkang.
3) Kita yakin
dan percaya, seperti biasa, gerombolan itu ada belati dalam celana dalamnya. Sang Penguasa itu, ada agenda tersembunyinya sendiri.
4) Telah dikatakan
bahawa J/K diperlukan demi mengusut-kejar siapakah si bejat yang telah merempuh pagar keramat yang dipasang di
pinggir Dataran Merdeka itu. Jika kita ambil
pengalaman silam sebagai patokan/bench mark, sekali lagi kita bercadang menghadap
ular seraya menagih sumpah dan janjinya.
Lalu, persoalan apakah yang relevan?
5) Apakah tindakan
kita seterusnya demi untuk memperolehi pilihan raya yang bersih, adil dan bebas
yang kita perjuangkan itu?
Ya, dan demi
anak, cucu dan cicit kita, apa kita biarkan segala pendatang asing menguasai nasib
siasah negara kita?
Percayalah anak,
cucu, cicit dan segala zuriat keturunan kita bakal pikul segala bahaya dan bahana
apa yang sedang berlaku sekarang ini. Dan
tatkala kita bermastautin enam kaki diasak bumi, kita bakal diseranah segala zuriat
keturunan kerana tidak berbuat apa-apa semasa masih hidup, segar dan bugar ― kecuali ― menggentel.
No comments:
Post a Comment