Monday, August 27, 2012

Akta 172 Perancang Bandar dan Desa


APA KHABAR AKTA 172 PERANCANG BANDAR DAN DESA?

ini senarai tempat istimewa
kunjungi, amati dan nangislah  
bersama para penghuninya
(mereka manusia semuanya)
menangislah, meraunglah   
ratapilah  
nasib malang-celaka mereka
digilas-dobrak pembangunan gila.

wahai alam yang mereka namakan:
Lynas, Gebeng, Pahang,
MRT Petaling Street, Kuala Lumpur
Kampong Banda Dalam, Gombak, Selangor,
Teluk Rubiah, Perak 
Pengerang, Johor
Bukit Koman, Raub, Pahang
sesungguhnya kami pun jadi bingung
entah kenapa-bagaimana 
jaring dan pukat undang-undang
bermaterai maha besar  UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 172
AKTA PERANCANGAN BANDAR
DAN DESA 1976
gagal jua, akhirnya
menjerat tapis musibah bernama pembangunan!


II.

maka bersabdalah yang namanya Sang MahaRaja:
aneh, pelik dan sungguh-sungguh edan
rakyat jelata kenyang pembangunan!


Sungai Petani, Kedah.
26 Ogos 2012

 


No comments: