Tuesday, August 28, 2012

"Rindu Ibu" A. Samad Said.


Pukul 5:28 petang semalam (27 Ogos 2012), Dinsman mengirimkan teks ringkas ini (saya taip semula tanpa singkatan), “Salam. Tolong sebarkan berita ini: Bengkel penulisan Paksi bagi bulan September di Rawang akan mengadakan diskusi puisi remaja “Rindu Ibu” (karya A. Samad Said) oleh peserta bengkel. Pak Samad juga akan hadir dan berbicara sekitar sastera secara umum. Tarikh: Hari Ahad 9 September, 2012 10 pagi- 4.30 petang, di Dewan Masjid Rawang. Makan minum disediakan. Sudilah hadir.”

Yang di sekitar Rawang, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Yang ingin menggunakan kenderaan awam, sila pertimbangkan keretapi@ komuter ― santai dan tuan tak perlu pandu sendiri.

No comments: