Thursday, September 27, 2012

Ema, aku juga bersetuju denganmu.

Ema yang resah

Dia pekerja setia di sebuah NGO yang mengurus masalah dan isu kepenggunaan.  Saban hari kerjanya mengurus isu, masalah, protes, kritikan, teguran, kekecewaan khalayak.  Ramai yang keluar masuk rumah NGOnya meminta bantuan.

Semalam Ema mengeluh panjang di depan seorang tetamu,  sahabat baik NGOnya.

"Bolehkah kita tentukan tarikhnya awal-awal lagi?  Bayangkan sejak PRU12 yang lalu, setiap hari kita bercakap tentang pilihan raya!  Bilakah orang-orang ini mengurus negara kita?  Saya nampak mereka hanya sibuk mahu terus merengkuh kuasa yang ada.  Mau ke mana kita?  Ke mana?  Malu pada negara-negara lain!"

Ema, aku juga sepandapat denganmu.




No comments: