Monday, September 3, 2012

Yang mereka sorokkan



Sumber: Malaysiakini

Since when is flying a flag a crime?

8:22AM Sep 3, 2012

YOURSAY 'Is advocating to change the country's flag a crime? The police should show which part of the constitution is being violated.'

Cops on the hunt for 'new flag' advocates

2faceHesham: It's an old Malay flag designed in 1957 by Malay leftists who were also fighting for independence. It's a non-issue. Just a timely reminder to Umno that they are not the only group responsible for Merdeka.

Umno should be grateful and slow down its grabbing and stealing of the rakyat's money.
 
___________________________________________________________


UJIAN KELAYAKAN PEMILIHAN AHLI JKKK  

(Yang TIDAK pernah diungkapkan itu lebih penting kerana itulah harta qarun.  Maka  ujian ini bertujuan menguji kemahiran mencari harta qarun yang tidak diungkapkan itu.)   

Bahagian A:  Alam Sekitar

Berikut adalah kenyataan umum yang sering dihebahkan di corong-corong radio dan televisyen berhubung isu dan masalah alam sekitar di Tanah Sang Saka Bangsa.


Sila padankan kenyataan bahagian SATU dengan Bahagian yang SATU LAGI.  


Kenyataan Bahagian SATU

1) “Aku terbaik!  Kenapa kalian mahu membuangku?” 

2) “Jangan sekali-kali coba-coba menukar kerajaan.  Besar bahayanya jika kuasa kalian berikan kepada mereka yang belum diuji!” 

3) “Aku telah tunaikan segala janjiku.  Aku tidak pernah mungkir janji.  Yang mungkir adalah lawanku ” 

4) “Mari kita bina negara yang sejahtera.  Negara kita dipuji oleh seluruh dunia kerana model pengurusan hubugan kaumnya yang tip-top!  Ramai yang mencemburui model kita.”


5) “Kitalah model demokrasi terbaik.  Orang lain mahu pelajari model kita.  Kita telah  mansuhkan Akta-Akta yang zalim seperti ISA.”


Bahagian yang SATU LAGI.


6) Kami sudah terlalu lama menderita akibat pemerintahanmu.

7) Kami telah alami sebuah pemerintahan yang zalim sejak lebih setengah abad lalu.  Kami melihat ada orang lain lawan politikmu yang jauh lebih cekap, telus, adil tatkala memerintah kampung dan daerah.  Janganlah kamu menjual minyak angin cap Tipah sesuka hatimu.    

8) Kamu pergunakan orang lain untuk menternak anarki. Kamu telah subkontrakkan kejahatan kepada suku sakatmu yang jahat.  Kamu gunakan wang negara untuk menternak onar.

9) Kamu menggantikannya dengan Akta yang lebih zalim.  Kamu penipu.

10) Bagaimanakah lelaki/wanita yang belum diijabkabulkan memperolehi zuriat yang sah? Bagaimanakah kamu boleh yakin orang lain itu musuh politikmu tidak becus memerintah jika mereka belumpun diberikan peluang, walaupun sehari,  untuk memerintah?   

11) Jangan asyik mendabik dada.  Kamu demokrat palsu itu.  Semua orang melihat kepalsuanmu itu.


No comments: