Wednesday, January 30, 2013

KHABAR APA oleh Rous Din (Ababill)

KHABAR APA.

Khabar apa Melayu Sg.Tengi
Khabar apa Melayu Gedangsa
Khabar apa Melayu Sg. Buaya
Khabarnya begitu saja?

Khabarnya harga sawit turun lagi
Khabarnya saham merudum setiap hari
Khabarnya nakhoda hanya menyepi

Apa khabar Melayu Sg. Tengi
Apa khabar Melayu Gedangsa
Apa khabar Melayu Sg. Buaya
Khabaran apa yang ada
Khabaran pilihanraya sudah mau tiba
Semua jentera harus digerakan segera
Masing-masing mahukan calonnya
Masing-masing mahu menjadi raja
Masing-masing mahu penuhkan kantung yang ada

Apa khabar Melayu Sg. Tengi
Apa khabar Melayu Gedangsa
Apa khabar Melayu Sg. Buaya
Apa khabar semua
Masih adakah semua di sana
Atau sudah ada yang jadi jutawan segera
Atau sudah ada yang menjual harta

Khabar apa tuan tanah Sg. Tengi,
Gedangsa dan Sg. Buaya
Masih adakah geran tanah kita
Atau sudah berubah warna
Atau sudah bertukar nama
Atau sudah hilang pemilik asalnya
Atau ada yang sudah jadi petualang bangsa

Melayu Sg. Tengi, Gedangsa dan Sg. Buaya
Ayuh bersatu mempertahankan
Hak Melayu kita
Teruskan perjuangan bangsa
Agar tidak menjadi Melayu tumpangan
Sudah menumpang
Merempat pula di bumi sendiri.


Catatan :
Rous Din (Ababill) copyright reserve@fb rous din
Majlis Baca Puisi Malam Jelajah Budaya
Kuala Kubu Bahru
29.1.2013
 
 

No comments: